Assalamualaikum w.b.t.
﷽
4 Ogos 2021, Rabu.
Alhamdulillah, got my 2nd dose vaccine on this date. Excited, tapi dalam masa yang sama sangatlah takut, cuak, berdebar - semua ada. Sebab still fobia dengan rasa sakit tangan waktu dapat 1st dose. Sakit tangan tu perghhh, sampai sekarang fobia! Tapi sebenarnya, diri sendiri yang mengada, sakit tak ada sangat pun, badan yang manja, hahahaha π
Untuk 2nd dose ni, Along yang teman aku. Sehari sebelum appointment, dapat call dari PPV Dewan Sikamat, informed to come at 9am - 10am, sedangkan my appointment should be at 12.30pm. Waktu nurse suruh datang awal, macam biasalah kan, jenis blur, siap cakap dengan nurse, "Eh tapi appointment saya pukul 12.30pm, boleh ke saya datang awal?" Nurse tu kata boleh je, tak ada masalah, janji ada appointment. Aku pun okay je, terima kasih Puan Nurse, sabar jawab soalan saya yang blur ini π
Waktu aku sampai, memang banyaaaaak sangat kereta, tak macam waktu aku 1st dose dulu. Aku terkejut jugak, sebab tak sangka ramai macam tu. Macam biasa, segalanya pantas, nak termenung pun tak sempat. Tapi kali ni, surprisingly, time cucuk tu, memang tak rasa apa apa langsung, tak macam 1st dose. 1st dose, masuk je jarum tu perghhh sakit tak boleh bincang π Tapi memang 2nd dose ni tak rasa apa. Sampai waktu aku dah dalam kereta, aku cakap dengan Along, eh betul ke aku dah cucuk tadi eh? Sebab memang tak rasa apa apa. Then along aku suruh tunggu few hours dulu, tengok ada apa apa effect tak.
Lepas 2/3 jam macam tu, dah mula dah guys effect vaksin tuuuuu. Tangan start sakit, badan memang rasa lain. Tak dapat nak explain tapi rasa lain. Malam tu bermulalah side effect yang lebih hebat π
Malam tu aku kena demam, tangan sakit, aku tak boleh tidur sebab badan rasa tak selesa. Esok tu aku kerja, aku tak ambil cuti sebab aku ingat aku okay macam 1st dose, sebab 1st dose tangan aku je yang sakit, tapi tak demam & badan pun tak rasa lesu. Tapi 2nd dose ni aku kalah, aku demam, badan lesu teruk, penat & mengantuk sangat. Selera makan memang hilang, tapi tangan tak sesakit 1st dose. Alhamdulillah, side effects tu bertahan 1 hari setengah je, esoknya pagi pagi aku bangun, hilang dah.
Bila aku baca, memang normal untuk sesiapa yang dapat 2nd dose untuk vaksin tu, dapat simptom yang sama dengan apa yang aku rasa. Soooooo, u guys pergilah ambil vaksin, untuk jaga diri kita & orang orang sekeliling kita jugak. Tak perlu takut, kalau ada apa apa pertanyaan, boleh terus tanya doktor. Doktor, nurse, volunteers - semua memang baik sangat, boleh tanya apa apa je berkaitan dengan vaksin, side effects. Setakat ni 2 ppv aku pergi, 1 PPV USIM Nilai dengan PPV Dewan Sikamat, segala soalan yang kita tanya, diorang akan jawab dengan elok. So, pergilah ambil vaksin. Jangan ragu ragu, semuanya untuk kebaikan kita jugak.
Disebabkan aku malu nak mintak tolong orang tangkapkan gambar waktu 2nd dose, cuma ada gambar kaki sendiri je la. Bolehlah, jadi kenangan, dari tak ada langsung π
Salam sayang,
nhanimzain