Monday, June 08, 2020

Ujian untuk Kita

Assalamualaikum w.b.t.


Lama tak menaip. Almost 1 year jugak. Allahu. Rindu. Tapi bila jari mula menaip, laju jugaklah jari tekan delete. 

Tahun ni, tahun ujian hebat untuk semua orang. Datangnya Covid-19 sebagai ujian, bukan cuma untuk aku tapi untuk semua orang. Aku diuji dengan hilangnya pendapatan. Got my termination letter on 13th April. I cried so hard. After 2 days, Alhamdulillah, semangat datang semula. Dengan izin Allah, dengan kata kata semangat dari kawan kawan. Alhamdulillah. Datangnya ujian, Allah beri nikmat yang lain. Pelbagai nikmat lain! Alhamdulillah! Masih mencari pekerjaan, moga Allah permudahkan. Amin.

Untuk mereka mereka yang lain, yang terkesan dengan ujian ini, moga Allah bukakan seluas luasnya pintu rezeki & Allah limpahkan rezeki yang tidak putus buat kalian. Perit, pedih, tapi percayalah, Allah selitkan hikmah. Kita boleh lalui semua ni, insya Allah! Jangan diizinkan hati untuk putus asa, jangan dibenarkan jiwa untuk menangis hiba. Allah pilih kita untuk ujian ini bersebab & sebab itu semestinya untuk kebaikan kita juga. Kuatkan semangat!

Dan baru diumumkan, yang PKPB bakal berakhir 9 Jun 2020 & digantikan dengan PKPP ( Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ). Dah dibenarkan untuk rentas negeri, kecuali ke kawasan PKPD. Alhamdulillah. Kawan kawan aku yang mana dah lama tak jumpa family tu, semua excited sangat sangat nak balik kampung, including my mom 😆 

Hati hati untuk semua yang nak balik this weekend! Rancang perjalanan baik baik, hati hati di jalan raya. Aku tau tak sabar nak sampai kampung, tapi hati hati ya driving tu? Jangan drive laju sangat, hati hati. Ingat, #KitaJagaKita!



Nota Kaki : Jaga diri semua! #KitaJagaKita


Salam sayang,
nhanimzain

No comments

Post a Comment

© nhanimzain
Maira Gall