Tuesday, January 22, 2019

Langkawi : Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

HARI KEDUA
11 September 2018, Selasa, 9.00 am

Menunggu Puan Siti untuk bawa kitorang Island Hopping! Punyalah semangat, berjanji pukul 9, tapi kitorang pukul 8.30 dah sampai. Untuk Island Hopping, aku guna service dari Langkawi Packages Holidays Sdn Bhd. Alhamdulillah, sangatlahhhh mudah berurusan dengan company ni. Recommended! Hani bagi 5 bintang! Sangat cepat reply whatsapp, soalan soalan kita dijawab dengan baik & segala urusan diorang cuba selesaikan secepat mungkin. Ini review ikhlas dari hati, bukan dibayar ya? Hahaha. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.

Untuk memudahkan korang tengok package apa yang diorang ada, boleh click link ni : Langkawi Packages Holiday Sdn Bhd

Takpun, boleh visit IG diorang dekat sini : Langkawi Packages IG

Aku ada ambil 2 packages : Island Hopping & Basic Package. Untuk Island Hopping, RM60.00 untuk 2 pax & kita akan ke 3 tempat yang ada di Langkawi iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar (Eagle feeding) & Pulau Beras Basah. Basic package aku explain kemudian okay? Untuk island hopping ni selalunya akan ambil masa dalam 3-4 jam. Jadi aku dengan Feeling decided untuk khaskan one day just for this island hopping activities. Memang ambil masa dalam 3-4 jam jugak so masa yang selebihnya tu pergilah mana korang nak pergi selepas tu hahahaha.



Last naik speed boat (aku tak tau la nama sebenar boat tu apa hahaha) aku rasa waktu dekat Sabah dulu. Waktu tu nak ke Pulau Manukan. Dah 5 tahun lepas tak silap aku. So, bila kali ni naik lagi, cuak tu ada jugaklah. Dengan aku & Feeling duduk depan sekali, haaaa lagilah bertambah cuak tu! Hahaha. Tengah leka tengok sekeliling, tiba tiba boat berhenti. Dah kenapa?



Rupa rupanya, adik yang bawa boat tu nak tunjuk bentuk wanita mengandung dekat Tasik Dayang Bunting tu. Masya Allah! Memang nampak bentuk seorang wanita mengandung yang tengah berbaring seolah olah menghadap langit. Aku waktu tu memang speechless. Kuasa Allah memang hebat! Lepastu berhenti la dekat Tasik Dayang Bunting tu untuk sejam. Ya Rabbi, aku ingatkan masuk pintu masuk tu terus boleh sampai la tasik tu, rupa rupanya kena mendaki naik tangga! 



Sampai Tasik Dayang Bunting tu aku dengan Feeling tak mandi pun, sebab kena bayar life jacket tu. Aku dengan Feeling ni pun "bijak" terlebih sebenarnya, bawak duit RM10 je sorang. Masuk Tasik Dayang Bunting ada bayaran ye, aku tak ingat berapa tapi tak silap aku tak lebih RM5 pun sorang. Dengan aku yang memang tak berani nak bermandi manda tempat yang aku tak nampak dasar, so aku dengan Feeling mampu rendamkan kaki je sambil borak borak dengan akak sorang ni. Cukup masa, aku dengan Feeling pun balik la ke tempat tunggu boat. Dekat Tasik Dayang Bunting ni sangat sangat lah banyak monyet jadi hati hati ya kalau ada bawak makanan / minuman.

Next destination, marilah kita ke Pulau Singa Besar! Ini pun tiba tiba boat berhenti & adik tu explained tentang kawasan ni ada baaaaaanyak helang! Mula mula aku macam mana helangnya? Sekali ada banyaaaaaaaak helang yang datang! Cantik! Sorry, tak dapat nak tunjuk dekat sini, waktu ni leka tengok helang lepastu ada video je tapi video tu ada suara annoying aku so hehehe tak dapatlah nak tepek dekat sini.

Lepastu bergerak la kita ke Pulau Beras Basah. Mula mula aku tak nak mandi dekat sini. Just nak duduk tengok sekeliling. Lepastu aku tengok si Feeling ni macam excited betul. Aku pun ter-"join" excited dia tu. Mula mula tu aku ingat biar aku je jaga barang, biar Feeling je bermandi manda, tapi Alhamdulillah, memang Allah tu sangat sangat la baik, kami jumpa dengan akak & abang ni, ya Allah sangat sangatlah baik, bagi kami tumpang barang dalam bag dia. Jadinya, dapatlah aku join Feeling mandi. Beria kau! Sekali Feeling kata,

"Hani, awak tengok sekeliling. Semua orang berinai!"

Aku pun tengok sekeliling kitorang. Aah! Semuanya berinai! Hahaha! Masing masing dengan pasangan masing masing. Mungkin tengah honeymoon. Aku pandang Feeling, Feeling pandang aku. Lepastu, aku tergelak & Feeling jeling aku hahahaha. Marah letewwww! 

Terima kasih akak & abang, sebab bagi kami tumpang barang barang kami, siap jagakan barang waktu kami berseronok mandi manda. Terima kasih banyak banyak. Siap bagi kami mihun goreng untuk kitorang lunch. Terima kasih banyak banyak. Moga Allah balas kebaikan akak & abang pada kami dengan rezeki melimpah ruah & kami doakan segala doa doa akak & abang Allah makbulkan. Moga ada rezeki kita jumpa lagi. Lupa nak tanya nama akak & abang tapi insya Allah, ada rezeki, ada jodoh kita jumpa lagi.

Tak banyak gambar waktu island hopping ni sebab aku dengan Feeling leka tengok sekeliling. Dekat Pulau Beras Basah lagi la tak tangkap gambar apa apa hahaha! Ohh ye! Dekat Pulau Beras Basah memang ada banyaaaaaaak sangat monyet liar. Dekat sini kena hati hati sikit ya, kalau bawa makanan/minuman jangan tunjuk tunjuk sangat / sorok sorok sikit sebab monyet yang ada memang menanti peluang untuk menyambar makanan anda! Seperti yang terjadi pada Feeling hahahaha! 

Punyalah banyak dia beli cake Apollo tu, lepastu berseronok tayang & apa lagi Encik Monyet pun peluklah dia dari belakang nak mintak sikit cake Apollo tu! Aku dah pegun belakang Feeling, takut punya pasal sebab aku tengah bawak mihun & Alhamdulillah, Allah jumpakan lagi kitorang dengan orang yang baik, an Indian guy yang tolong halaukan monyet dari Feeling & make sure kitorang berdua tak diganggu dengan monyet monyet tu. Terima kasih banyak banyak! May Allah bless you with endless happiness! Amin!

Dalam pukul 2 pm, tamatlah island hopping. Waktu sampai jeti(?), hujan lebat sangat. Tapi waktu dekat Pulau Beras Basah dah start hujan dah sebenarnya. Tapi waktu ni baju memang dah basahkan, so redah je la hujan tu nak ke kereta. Lepastu perut masing masing lapar, ingat nak drive thru McD je, tapi tak tau dekat mana so pergi yang dekat Langkawi Fair Shopping Mall. Bertekak jugak la aku dengan Feeling, takkan basah basah ni nak masuk mall kot? So, Feeling pusing pusing dulu sampai baju kitorang dah kering sikit, barulah masuk mall tu. Alhamdulillah, time tu memang baju lembap je, tapi aircond dekat mall tu, Masya Allah, punyalah kuat, sejuk sampai aku menggigil dengan Feeling. Punyalah jalan laju laju nak keluar dari mall tu! Masuk kereta masing masing tergelak hahahaha.

So, petang & malam tu tak kemana pun sebab kitorang cuma berehat dalam bilik. Berborak, bergosip, lepak lepak sebab memang dah lama kitorang tak berborak borak macam ni. Tamatlah hari kedua di Langkawi.

Hari ketiga? Ke cable car lah kitaaaaaaa! 




Nota kaki : Langkawi, rindunya kita kat awak!



Salam sayang, 
nhanimzain

Saturday, January 12, 2019

Langkawi : Part 1

Assalamualaikum w.b.t.

HARI PERTAMA
10 September 2018, Isnin, 7.55 am

Alhamdulillah, bertolaklah aku dengan Feeling ke Langkawi. Thanks mama & ayah sanggup bangun awal pagi nak hantar Hani & Feeling ke airport. Dah duduk selesa, aku tengok sekeliling, ramai yang pergi dengan family / pasangan. Aku cakap dekat Feeling, 

" Awak! Orang lain pergi dengan family / husband / wife, kita sendu pergi berdua. Hahaha". 

Habis je cakap macam tu, terus dapat jelingan maut sekali tazkirah subuh ya dari Feeling. Hahahaha. Alhamdulillah, sampai dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dalam pukul 8.40 / 9 lebih macam tu (tak ingat dah exact time sampai Langkawi pukul berapa). Dekat sini ada 1 masalah. Ya, kitorang tak ada transport! Sebelum nak pergi tu, memang ada tanya dengan agent kereta sewa ni, nak sewa viva waktu tu, tapi ada masalah masalah yang aku pun malas nak ingat dah, time sampai Langkawi tu kitorang masih tak booking mana mana kereta sewa. Perangai aku dengan Feeling ni memang jenis pakai redah. Booked a grab car dari airport ke lokasi pertama iaituuuuuuuu RESTORAN SITI FATIMAH untuk breakfast sebab perut memang lapar tahap apa dah. 

Kitorang ke sini selepas meng-google segala jenis restoran & reviews waktu dekat airport. Yaaaa, dekat airport baru google nak ke mana ya semuaaa? (Please jangan ikut perangai ni, sebab kitorang banyak buang masa meng-google hahahahaha, plan awal awal okay?) Alhamdulillah, dapat jumpa orang Langkawi yang baik baik. Abang grab peramah & orang orang dekat Restoran Siti Fatimah memang ramah. Banyak yang kitorang tanya, diorang jawab dengan sangat sangatlah detail & sangatlah ramah. Pilihan makanan bagi aku banyak, sebab ada nasi & macam macam jenis lauk (waktu ni aku memang pelik gaisss, pukul 10 pagi dah ada nasi campur untuk sarapan, mungkin aku yang tak biasa, tapi aku serius kagum! Serius!) dan ada roti john & ada macam macam jenis pilihan roti lagi dekat situ. Tak sempat nak tangkap gambar restoran & sekeliling situ sebab perut dah lapar sangat lupa dah benda benda lain hahahaha.

Restoran Siti Fatimah
(Gambar ihsan dari Feeling)


So, lepas breakfast, booked grab & ke LANGKAWI FAIR SHOPPING MALL. Waktu ni sebenarnya tak tau nak kemana, sebab check in pukul 2 kan? Jam baru pukul 11 so ada 3 jam lagi. Memang ada nak cari barang so lepas google (lagi sekali, yup!) ke Langkawi Fair la kita. Alhamdulillah, kali ni dapat abang grab yang baik jugak siap suggest patut ke mana & dia yang bagitau sebenarnya dari Langkawi Fair ke Dataran Helang cuma jalan kaki 5 minit je! Abang grab tanya kitorang kenapa datang bulan September sebab waktu tu nak mula musim hujan. Aku dengan Feeling jawablah kitorang datang ni main redah bang, takde plan apa apa. Abang tu pun mampu menggeleng sajooo. Hahaha.

 Lepas beli barang, aku dengan Feeling pun menapak la ke Dataran Helang dengan bag bagai. Dah alang alang kan? Feeling sepanjang jalan membebel ya gaisss sebab kena berjalan kaki ke Dataran Helang tu siap kena bawak bag lintas jalan hahaha. So beria tangkap gambar dengan helang besar tu (bagi aku kawasan Dataran Helang tu serius cantik! bagi aku la hehehe). 


Lepastu ke kawasan Jeti Kuah & Alhamdulillah, kitorang dapatlah sewa 1 kereta Myvi untuk 4 hari di Langkawi. Dekat jeti, ada 1 tempat tu (dekat tengah tengah kawasan parking kalau tak silap aku) ada berdereeeeeeeeet kedai/kiosk(?) untuk kita sewa kereta. Boleh pilih mana yang berkenan, hahaha sebab memang banyak pilihan dekat situ. Aku dengan Feeling pun survey dulu & Alhamdulillah dari nak sewa Viva dapat upgrade ke Myvi dengan harga RM240.00 untuk 3 hari (perkiraan hari ikut masa kita sewa kereta ya? Eg kita mula sewa dari pukul 1(10/09/2018) - pukul 1(11/09/2018) kira 1 hari & seterusnya). Waktu aku ke Langkawi ni, kira peak season & harga kereta sewa mahal sikit dari normal season. Tapi harga yang aku dapat ni, Alhamdulillah, bagi aku murahlah sikit bagi harga kereta sewa waktu peak season.


Lepas dapat kereta sewa, marilah kita check in ya sebab badan dah penat tahap apa dah. So, selama 4 hari 3 malam di Langkawi & setelah aku survey beratus kali (ya, macam hiperbola, tapi ini serius sebab aku memang survery banyak kali bab tempat nak stay sebab ini adalah perkara yang sangat sangat penting! Hahaha) dan akhirnya aku & Feeling setuju untuk stay dekat CENANG LANGKAWI HOUSE dengan harga RM336.93 (taxes & fees included - RM30.63). Harga ni lepas aku ada guna promotion(?) voucher dari Agoda tapi aku dah tak ingat berapa aku dapat discount. Aku book dari Agoda & aku pilih Twin Room. Aku dengan Feeling memang sukaaaaaaaaaaaaa sangat dengan tempat ni & kitorang puas hati sangat sangat! Wifi laju ya, uollsss! Feeling memang tiap tiap malam sebelum tidur kemain layan Youtube dengan Wifi laju tu hahahaha! Alhamdulillah, staff situ sangatlah peramah & sangatlah membantu kalau kitorang bertanya & minta tolong. Insya Allah, next time ke Langkawi memang aku dengan Feeling akan pilih guest house ni lagi!


Rehat sekejap & dalam lepas Asar kitorang ke Pantai Cenang. FYI, dari guest house ni nak ke Pantai Cenang, kalau naik kereta dalam 5 minit je. Kalau nak jalan kaki boleh, cuma jauh sikit nak kena pusing jalan kaki, mungkin dalam 10-15 minit. Cuma nak ke Kuah jauh sikit dalam 15-20 minit, tak silap aku? 


Ya Allah, bila sampai Pantai Cenang, memang ramai tapi tak sesak. Macam mana nak explain eh? Tak terlalu sesak & walaupun ramai, memang rasa tenang sangat dekat situ. Terasa hilang segala masalah sekejap. Masya Allah. Memang sangat cantik! Aku terus jatuh hati! Dekat kawasan Pantai Cenang ada banyak tempat tempat makan & boleh shopping jugak! Disebabkan sibuk bershopping dengan Feeling, maka tiadalah gambar di kedai kedai yang ada di kawasan Pantai Cenang tu. Hahaha.

Lepas rehat dekat Pantai Cenang, shopping & makan, kitorang pun ke Dataran Helang. Ya, untuk kali kedua! Hahaha, sebab nak tengok macam mana Dataran Helang waktu malam. Masya Allah, memang tenang dekat situ! Malam pun ramai je yang datang dekat Dataran Helang tu. Meriah! Aku ajak Feeling tengok patung helang tu dari dekat. Memang cantik!


Tengah jalan jalan dekat Dataran Helang, Feeling tiba tiba ajak ke Kompleks HIG, kot kot bukak lagi boleh beli coklat (Feeling ni memang penggemar tegar coklat). Aku pun okay sajoooo hahaha. Sampai sana, tak ada rezeki, Kompleks HIG dah tutup. Tapi! Food court dia masih bukak! Hahahaha. FYI, dekat area Kompleks HIG tu ada food court & hotel jugak! Apa lagi, kaki pun melangkah pantas ke food court. Makanan woi! Yahoooooo!

Aku dengan Feeling pun beria bincang nak makan apa. Lepas bincang tu, kitorang pun kata okay jom kita rasa pasembor? Nak makan pasembor pun bincang gaissss hahaha. Ya Allah, inilah nikmat dunia! Alhamdulillah!


Banyakkan? Padahal makan 2 orang je hahahahaha. Lepas makan, mengah. Haaaa itulah balasan orang tamak haloba! Time pilih tak ingat, kemain tamak! Hahahahahaha

Lepas makan, apa lagi? Balik guest house & rehat. Alhamdulillah. Memang ke Langkawi sebenarnya untuk berehat. Pergi sana memang takde plan sangat nak ke mana, memang pakai redah. Waktu tu baru nak google, waktu tu baru tanya orang. Main reason nak ke Langkawi memang nak berehat. Tak plan pun nak ke famous places / restaurants in Langkawi. Kitorang siap beli roti & maggie sebab kot kot lapar ke bila balik guest house.

Alhamdulillah. End of 1st day yang sangat relax & best. I miss you so much, Langkawi! Sangat sangat sangat!

Hari kedua, Island Hopping!

Nota kaki : Doakan saya dimurahkan rezeki untuk ke Langkawi lagi sebab saya rindu sangat dengan Langkawi!


Salam sayang,
nhanimzain

Monday, January 07, 2019

2018 : The End

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Tahun Baru semuaaaaaaaaaaa! 

Yaaaa, setelah 7 hari dalam tahun 2019, barulah aku wish semua orang. Hahaha. Alhamdulillah, diberi peluang & dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T. untuk kita sama sama merasa 2019. Moga Allah permudahkan segala urusan kita tahun ni, insya Allah, mudah mudahan, Aminnnnn.

2018 bukan tahun yang mudah. Terlalu banyak yang jadi, boleh kata terlalu banyak kali aku tersungkur, jatuh teruk, sampai aku biarkan diri aku "terduduk" dekat tempat yang sama dalam tempoh yang sangaaaaaaaat lama. Sampailah aku rasa yang tak sepatutnya aku macam ni. Sampai bila nak macam ni? Aku mula buat "Social Media Detox" (tapi takde la strict sangat sebab kadang kadang aku guna jugak social media sebab nak tengok kalau kalau Raja Sarina / Kak Aida Azlin ada update IG tak hahahaha). Alhamdulillah, memang detox ni ada bagi kesan positif pada aku. Aku lagi tenang, aku ada banyak masa untuk membaca, untuk buat benda benda lain. Alhamdulillah, aku rasa makin okay & Alhamdulillah aku makin happy!

Tapi 2018 pun ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat nikmat yang Allah bagi pada aku. Sampai kadang kadang rasa malu, sebab asyik merungut & bersedih dengan ujian tapi sebenarnya banyak sangat sangat sangat nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah. Aku mula sedar semua ni dalam 2 hari lepas bila aku dengar Along cerita tentang 1 pasangan ni yang Allah uji mereka dengan ujian yang hebat - pasangan tu baru kehilangan anak sulung yang baru je berusia 12 hari.

Along kata, pasangan ni kedua duanya sangaaaaaaat baik orangnya. Baru je timang cahaya mata lelaki, anak pertama & Allah uji dengan anaknya meninggal dunia kerana jangkitan kuman ketika usia arwah baru je mencecah 12 hari tak silap aku. Along ada cerita dekat aku, salah seorang ahli keluarga pasangan tu bertanya,

"Kenapa Allah uji mereka macam ni hebat, kak?"

Dan entah kenapa, hati aku terus bisik, 
"Sebab Allah saaaaaaangat sayangkan diorang"

Dan waktu tu aku macam tersedar. Memang macam bila kau mengantuk & orang tampar kau kuat kuat lepastu kau hilang mengantuk tu, haaaa macam tu la yang aku rasa. Aku mula terfikir sendiri, Ya Allah, selama ni aku merungut macam aku yang paling susah, macam aku yang paling teruk diuji, sedangkan orang lain diuji lagi hebat dari aku & Allah uji sebab Allah sayang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah bagi kesedaran dekat aku. Aku cuba nak bangkit semula, insya Allah. 2019 ni aku tau belum tentu jadi tahun yang baik buat aku hahahaha, tapi aku nak jadikan 2019 ni tahun yang lebih baik, insya Allah. Moga kita semua diberikan kemudahan & kekuatan dari Allah untuk lalui hari hari mendatang, insya Allah, aminnnnn.

Aku mohon doa dari semua orang, tolong doakan kenalan Along yang baru sahaja kehilangan anak sulung diorang. Doakan diorang kuat, doakan Allah permudahkan segala urusan diorang, doakan diorang dibalutkan hati mereka dengan kesyukuran, dengan keredhaan, dengan kesabaran & dengan ketabahan. Aminnnnn. Dan tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk si kecil sayang yang sekarang dah berada di syurga tu ya? Terima kasih semuaaaaa.



Nota kaki : Next entry insya Allah, semuanya tentang Langkawi! 


Salam sayang,
nhanimzain


© nhanimzain
Maira Gall