Monday, January 07, 2019

2018 : The End

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Tahun Baru semuaaaaaaaaaaa! 

Yaaaa, setelah 7 hari dalam tahun 2019, barulah aku wish semua orang. Hahaha. Alhamdulillah, diberi peluang & dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T. untuk kita sama sama merasa 2019. Moga Allah permudahkan segala urusan kita tahun ni, insya Allah, mudah mudahan, Aminnnnn.

2018 bukan tahun yang mudah. Terlalu banyak yang jadi, boleh kata terlalu banyak kali aku tersungkur, jatuh teruk, sampai aku biarkan diri aku "terduduk" dekat tempat yang sama dalam tempoh yang sangaaaaaaaat lama. Sampailah aku rasa yang tak sepatutnya aku macam ni. Sampai bila nak macam ni? Aku mula buat "Social Media Detox" (tapi takde la strict sangat sebab kadang kadang aku guna jugak social media sebab nak tengok kalau kalau Raja Sarina / Kak Aida Azlin ada update IG tak hahahaha). Alhamdulillah, memang detox ni ada bagi kesan positif pada aku. Aku lagi tenang, aku ada banyak masa untuk membaca, untuk buat benda benda lain. Alhamdulillah, aku rasa makin okay & Alhamdulillah aku makin happy!

Tapi 2018 pun ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat nikmat yang Allah bagi pada aku. Sampai kadang kadang rasa malu, sebab asyik merungut & bersedih dengan ujian tapi sebenarnya banyak sangat sangat sangat nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah. Aku mula sedar semua ni dalam 2 hari lepas bila aku dengar Along cerita tentang 1 pasangan ni yang Allah uji mereka dengan ujian yang hebat - pasangan tu baru kehilangan anak sulung yang baru je berusia 12 hari.

Along kata, pasangan ni kedua duanya sangaaaaaaat baik orangnya. Baru je timang cahaya mata lelaki, anak pertama & Allah uji dengan anaknya meninggal dunia kerana jangkitan kuman ketika usia arwah baru je mencecah 12 hari tak silap aku. Along ada cerita dekat aku, salah seorang ahli keluarga pasangan tu bertanya,

"Kenapa Allah uji mereka macam ni hebat, kak?"

Dan entah kenapa, hati aku terus bisik, 
"Sebab Allah saaaaaaangat sayangkan diorang"

Dan waktu tu aku macam tersedar. Memang macam bila kau mengantuk & orang tampar kau kuat kuat lepastu kau hilang mengantuk tu, haaaa macam tu la yang aku rasa. Aku mula terfikir sendiri, Ya Allah, selama ni aku merungut macam aku yang paling susah, macam aku yang paling teruk diuji, sedangkan orang lain diuji lagi hebat dari aku & Allah uji sebab Allah sayang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah bagi kesedaran dekat aku. Aku cuba nak bangkit semula, insya Allah. 2019 ni aku tau belum tentu jadi tahun yang baik buat aku hahahaha, tapi aku nak jadikan 2019 ni tahun yang lebih baik, insya Allah. Moga kita semua diberikan kemudahan & kekuatan dari Allah untuk lalui hari hari mendatang, insya Allah, aminnnnn.

Aku mohon doa dari semua orang, tolong doakan kenalan Along yang baru sahaja kehilangan anak sulung diorang. Doakan diorang kuat, doakan Allah permudahkan segala urusan diorang, doakan diorang dibalutkan hati mereka dengan kesyukuran, dengan keredhaan, dengan kesabaran & dengan ketabahan. Aminnnnn. Dan tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk si kecil sayang yang sekarang dah berada di syurga tu ya? Terima kasih semuaaaaa.



Nota kaki : Next entry insya Allah, semuanya tentang Langkawi! 


Salam sayang,
nhanimzain


No comments

Post a Comment

© nhanimzain
Maira Gall