Assalamualaikum w.b.t.
HARI PERTAMA
10 September 2018, Isnin, 7.55 am
Alhamdulillah, bertolaklah aku dengan Feeling ke Langkawi. Thanks mama & ayah sanggup bangun awal pagi nak hantar Hani & Feeling ke airport. Dah duduk selesa, aku tengok sekeliling, ramai yang pergi dengan family / pasangan. Aku cakap dekat Feeling,
" Awak! Orang lain pergi dengan family / husband / wife, kita sendu pergi berdua. Hahaha".
Habis je cakap macam tu, terus dapat jelingan maut sekali tazkirah subuh ya dari Feeling. Hahahaha. Alhamdulillah, sampai dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dalam pukul 8.40 / 9 lebih macam tu (tak ingat dah exact time sampai Langkawi pukul berapa). Dekat sini ada 1 masalah. Ya, kitorang tak ada transport! Sebelum nak pergi tu, memang ada tanya dengan agent kereta sewa ni, nak sewa viva waktu tu, tapi ada masalah masalah yang aku pun malas nak ingat dah, time sampai Langkawi tu kitorang masih tak booking mana mana kereta sewa. Perangai aku dengan Feeling ni memang jenis pakai redah. Booked a grab car dari airport ke lokasi pertama iaituuuuuuuu RESTORAN SITI FATIMAH untuk breakfast sebab perut memang lapar tahap apa dah.
Kitorang ke sini selepas meng-google segala jenis restoran & reviews waktu dekat airport. Yaaaa, dekat airport baru google nak ke mana ya semuaaa? (Please jangan ikut perangai ni, sebab kitorang banyak buang masa meng-google hahahahaha, plan awal awal okay?) Alhamdulillah, dapat jumpa orang Langkawi yang baik baik. Abang grab peramah & orang orang dekat Restoran Siti Fatimah memang ramah. Banyak yang kitorang tanya, diorang jawab dengan sangat sangatlah detail & sangatlah ramah. Pilihan makanan bagi aku banyak, sebab ada nasi & macam macam jenis lauk (waktu ni aku memang pelik gaisss, pukul 10 pagi dah ada nasi campur untuk sarapan, mungkin aku yang tak biasa, tapi aku serius kagum! Serius!) dan ada roti john & ada macam macam jenis pilihan roti lagi dekat situ. Tak sempat nak tangkap gambar restoran & sekeliling situ sebab perut dah lapar sangat lupa dah benda benda lain hahahaha.
Restoran Siti Fatimah
(Gambar ihsan dari Feeling)
|
So, lepas breakfast, booked grab & ke LANGKAWI FAIR SHOPPING MALL. Waktu ni sebenarnya tak tau nak kemana, sebab check in pukul 2 kan? Jam baru pukul 11 so ada 3 jam lagi. Memang ada nak cari barang so lepas google (lagi sekali, yup!) ke Langkawi Fair la kita. Alhamdulillah, kali ni dapat abang grab yang baik jugak siap suggest patut ke mana & dia yang bagitau sebenarnya dari Langkawi Fair ke Dataran Helang cuma jalan kaki 5 minit je! Abang grab tanya kitorang kenapa datang bulan September sebab waktu tu nak mula musim hujan. Aku dengan Feeling jawablah kitorang datang ni main redah bang, takde plan apa apa. Abang tu pun mampu menggeleng sajooo. Hahaha.
Lepas beli barang, aku dengan Feeling pun menapak la ke Dataran Helang dengan bag bagai. Dah alang alang kan? Feeling sepanjang jalan membebel ya gaisss sebab kena berjalan kaki ke Dataran Helang tu siap kena bawak bag lintas jalan hahaha. So beria tangkap gambar dengan helang besar tu (bagi aku kawasan Dataran Helang tu serius cantik! bagi aku la hehehe).
Lepastu ke kawasan Jeti Kuah & Alhamdulillah, kitorang dapatlah sewa 1 kereta Myvi untuk 4 hari di Langkawi. Dekat jeti, ada 1 tempat tu (dekat tengah tengah kawasan parking kalau tak silap aku) ada berdereeeeeeeeet kedai/kiosk(?) untuk kita sewa kereta. Boleh pilih mana yang berkenan, hahaha sebab memang banyak pilihan dekat situ. Aku dengan Feeling pun survey dulu & Alhamdulillah dari nak sewa Viva dapat upgrade ke Myvi dengan harga RM240.00 untuk 3 hari (perkiraan hari ikut masa kita sewa kereta ya? Eg kita mula sewa dari pukul 1(10/09/2018) - pukul 1(11/09/2018) kira 1 hari & seterusnya). Waktu aku ke Langkawi ni, kira peak season & harga kereta sewa mahal sikit dari normal season. Tapi harga yang aku dapat ni, Alhamdulillah, bagi aku murahlah sikit bagi harga kereta sewa waktu peak season.
Lepas dapat kereta sewa, marilah kita check in ya sebab badan dah penat tahap apa dah. So, selama 4 hari 3 malam di Langkawi & setelah aku survey beratus kali (ya, macam hiperbola, tapi ini serius sebab aku memang survery banyak kali bab tempat nak stay sebab ini adalah perkara yang sangat sangat penting! Hahaha) dan akhirnya aku & Feeling setuju untuk stay dekat CENANG LANGKAWI HOUSE dengan harga RM336.93 (taxes & fees included - RM30.63). Harga ni lepas aku ada guna promotion(?) voucher dari Agoda tapi aku dah tak ingat berapa aku dapat discount. Aku book dari Agoda & aku pilih Twin Room. Aku dengan Feeling memang sukaaaaaaaaaaaaa sangat dengan tempat ni & kitorang puas hati sangat sangat! Wifi laju ya, uollsss! Feeling memang tiap tiap malam sebelum tidur kemain layan Youtube dengan Wifi laju tu hahahaha! Alhamdulillah, staff situ sangatlah peramah & sangatlah membantu kalau kitorang bertanya & minta tolong. Insya Allah, next time ke Langkawi memang aku dengan Feeling akan pilih guest house ni lagi!
Rehat sekejap & dalam lepas Asar kitorang ke Pantai Cenang. FYI, dari guest house ni nak ke Pantai Cenang, kalau naik kereta dalam 5 minit je. Kalau nak jalan kaki boleh, cuma jauh sikit nak kena pusing jalan kaki, mungkin dalam 10-15 minit. Cuma nak ke Kuah jauh sikit dalam 15-20 minit, tak silap aku?
Ya Allah, bila sampai Pantai Cenang, memang ramai tapi tak sesak. Macam mana nak explain eh? Tak terlalu sesak & walaupun ramai, memang rasa tenang sangat dekat situ. Terasa hilang segala masalah sekejap. Masya Allah. Memang sangat cantik! Aku terus jatuh hati! Dekat kawasan Pantai Cenang ada banyak tempat tempat makan & boleh shopping jugak! Disebabkan sibuk bershopping dengan Feeling, maka tiadalah gambar di kedai kedai yang ada di kawasan Pantai Cenang tu. Hahaha.
Lepas rehat dekat Pantai Cenang, shopping & makan, kitorang pun ke Dataran Helang. Ya, untuk kali kedua! Hahaha, sebab nak tengok macam mana Dataran Helang waktu malam. Masya Allah, memang tenang dekat situ! Malam pun ramai je yang datang dekat Dataran Helang tu. Meriah! Aku ajak Feeling tengok patung helang tu dari dekat. Memang cantik!
Tengah jalan jalan dekat Dataran Helang, Feeling tiba tiba ajak ke Kompleks HIG, kot kot bukak lagi boleh beli coklat (Feeling ni memang penggemar tegar coklat). Aku pun okay sajoooo hahaha. Sampai sana, tak ada rezeki, Kompleks HIG dah tutup. Tapi! Food court dia masih bukak! Hahahaha. FYI, dekat area Kompleks HIG tu ada food court & hotel jugak! Apa lagi, kaki pun melangkah pantas ke food court. Makanan woi! Yahoooooo!
Aku dengan Feeling pun beria bincang nak makan apa. Lepas bincang tu, kitorang pun kata okay jom kita rasa pasembor? Nak makan pasembor pun bincang gaissss hahaha. Ya Allah, inilah nikmat dunia! Alhamdulillah!
Banyakkan? Padahal makan 2 orang je hahahahaha. Lepas makan, mengah. Haaaa itulah balasan orang tamak haloba! Time pilih tak ingat, kemain tamak! Hahahahahaha
Lepas makan, apa lagi? Balik guest house & rehat. Alhamdulillah. Memang ke Langkawi sebenarnya untuk berehat. Pergi sana memang takde plan sangat nak ke mana, memang pakai redah. Waktu tu baru nak google, waktu tu baru tanya orang. Main reason nak ke Langkawi memang nak berehat. Tak plan pun nak ke famous places / restaurants in Langkawi. Kitorang siap beli roti & maggie sebab kot kot lapar ke bila balik guest house.
Alhamdulillah. End of 1st day yang sangat relax & best. I miss you so much, Langkawi! Sangat sangat sangat!
Hari kedua, Island Hopping!
Nota kaki : Doakan saya dimurahkan rezeki untuk ke Langkawi lagi sebab saya rindu sangat dengan Langkawi!
Salam sayang,
nhanimzain
No comments
Post a Comment