Tuesday, September 06, 2022

Hidup.

 Assalamualaikum w.b.t.

Lama betul tinggal blog ni. Last post bulan February. Sepanjang February - September ni, sebenarnya macam macam jadi. Yang baik, yang tak baik. Ada masa nak give up, ada masa bersemangat.

Tahun ni aku rasa tahun yang paling banyak aku "ziarah" klinik. Dari someone yang boleh kira dengan jari berapa kali je setahun sakit, jadi someone yang tiap tiap bulan "melawat" klinik. Tahun ni apa je yang tak kena - dari covid, gastrik, demam, batuk non stop, semua ada. Demam tak payah cakap la. Macam every month demam.

Cerita dengan kawan aku pasal aku asyik tak sihat. Dan dia ada bagi 2-3 sebab kenapa selalu tak sihat. Salah satunya;

"Sebab awak tak happy, Hani."

Lama aku fikir pasal hal ni. Pasal aku tak happy & aku selalu sakit. Benda ni ada betulnya jugak, aku rasa. Aku tak ingat bila last aku tidur lena. Terjaga tengah tengah malam tu dah biasa. Otak sentiasa berfikir time tidur pun dah biasa. Jadi bila tidur tak lena ni, aku jadi penat, jadi lesu.

Kena terus muhasabah diri, apa yang buat aku tak happy. 


Semoga semuanya baik baik sahaja,

nhanimzain

Thursday, February 03, 2022

Booster!

 Assalamualaikum w.b.t. 

Dalam previous post, kemain cakap dah fully vaccinated. Sekali, ada booster shot πŸ˜‚ Waktu dapat tau ada booster shot, serious talk, memang cuak jugak. Sebab macam trauma lagi dengan post effect waktu 2nd shot tu. Tapi, untuk kebaikan diri sendiri jugak, Alhamdulillah, settle dah booster shot 31 January 2022 haritu. Alhamdulillah. 

Sebenarnya untuk booster shot ni, aku dapat lambat jugak. Family members & colleagues mostly dapat dah, padahal 2nd shot diorang dulu lagi lambat dari aku. Supposedly aku la dapat dulu kan? Tapi, tunggu punya tunggu, tak dapat dapat. Sedih jugak rasa time tu, aku ni dah dianak tiri dengan negara sendiri ke macam mana (biasalah, dah namanya Hani, mesti dramatik sikit ye tak?)

Tunggu punya tunggu, alhamdulillah, dapat jugak appointment. Jadi, 31hb tu pun aku pergi la ambik booster shot. Sekejap sangat. Dalam 30 minit dah settle semua dah. Time cucuk memang tak sampai 5 minit, sampai aku terpinga pinga la dah ke belum, rupa rupanya siap cucuk dah πŸ˜† Dalam 3 jam pertama tu aku tak rasa apa apa lagi. Siap boleh pergi shopping, bawak mama jalan jalan cari ubi & cempedak, sampai malam okaylah alhamdulillah.

Dannnnn pukul 12.30am - 1.00am macam tu bermulalah post effect booster shot ni yaaaaa

Aku rasa lain dah waktu pukul 12am tu. Tapi aku ignore sebab aku rasa ini cuma perasaan aku je πŸ˜‚ Badan aku mula rasa sejuk sangat, padahal aku pakai kipas, bukan bilik aku ada aircond pun. Tapi rasa sejuk sangat. Aku ambil sweater, tapi sejuk tu tak hilang. Dah pakai sweater, pakai lagi selimut. Sejuk tak hilang. Aku mula demam. Menggigil bawah selimut. Aku berguling atas katil, kejap kiri, kejap kanan. Tak boleh tidur, sebab badan aku rasa tak selesa sangat sangat. Sebelum aku terlelap, aku tengok jam dekat handphone, dah pukul 2am dah. Tak lama lepas tengok jam tu, aku terlelap. Aku tersedar pukul 4, sebab nak pergi toilet. Perghhh bila pijak lantai bilik air tu, rasa macam nak melompat sebab aku rasa macam pijak ais πŸ˜‚

2 hari jugak aku rasa tak sedap badan. Tapi alhamdulillah, lama lama okay dah, sakit tangan ada sikit lagi. Tapi demam & letih badan dah tak ada dah, dah okay dah. Don't worry guys, ambik okay booster shot tu? Insya Allah, baik baik je. Kalau ada apa apa soalan boleh terus tanya doctor dekat ppv tu. Diorang akan jawab semua curiosity korang tu.

Tak silap aku, sekarang dah boleh walk in dekat mana mana ppv offsite kan? So mana yang tengah tunggu appointment, boleh terus walk in je kalau ada masa / kalau tengah cuti.


Salam sayang,

nhanimzain

Friday, September 10, 2021

Fully Vaccinated!

 Assalamualaikum w.b.t.

4 Ogos 2021, Rabu.

Alhamdulillah, got my 2nd dose vaccine on this date. Excited, tapi dalam masa yang sama sangatlah takut, cuak, berdebar - semua ada. Sebab still fobia dengan rasa sakit tangan waktu dapat 1st dose. Sakit tangan tu perghhh, sampai sekarang fobia! Tapi sebenarnya, diri sendiri yang mengada, sakit tak ada sangat pun, badan yang manja, hahahaha πŸ˜‚

Untuk 2nd dose ni, Along yang teman aku. Sehari sebelum appointment, dapat call dari PPV Dewan Sikamat, informed to come at 9am - 10am, sedangkan my appointment should be at 12.30pm. Waktu nurse suruh datang awal, macam biasalah kan, jenis blur, siap cakap dengan nurse, "Eh tapi appointment saya pukul 12.30pm, boleh ke saya datang awal?" Nurse tu kata boleh je, tak ada masalah, janji ada appointment. Aku pun okay je, terima kasih Puan Nurse, sabar jawab soalan saya yang blur ini 😁

Waktu aku sampai, memang banyaaaaak sangat kereta, tak macam waktu aku 1st dose dulu. Aku terkejut jugak, sebab tak sangka ramai macam tu. Macam biasa, segalanya pantas, nak termenung pun tak sempat. Tapi kali ni, surprisingly, time cucuk tu, memang tak rasa apa apa langsung, tak macam 1st dose. 1st dose, masuk je jarum tu perghhh sakit tak boleh bincang πŸ˜† Tapi memang 2nd dose ni tak rasa apa. Sampai waktu aku dah dalam kereta, aku cakap dengan Along, eh betul ke aku dah cucuk tadi eh? Sebab memang tak rasa apa apa. Then along aku suruh tunggu few hours dulu, tengok ada apa apa effect tak.

Lepas 2/3 jam macam tu, dah mula dah guys effect vaksin tuuuuu. Tangan start sakit, badan memang rasa lain. Tak dapat nak explain tapi rasa lain. Malam tu bermulalah side effect yang lebih hebat πŸ˜†

Malam tu aku kena demam, tangan sakit, aku tak boleh tidur sebab badan rasa tak selesa. Esok tu aku kerja, aku tak ambil cuti sebab aku ingat aku okay macam 1st dose, sebab 1st dose tangan aku je yang sakit, tapi tak demam & badan pun tak rasa lesu. Tapi 2nd dose ni aku kalah, aku demam, badan lesu teruk, penat & mengantuk sangat. Selera makan memang hilang, tapi tangan tak sesakit 1st dose. Alhamdulillah, side effects tu bertahan 1 hari setengah je, esoknya pagi pagi aku bangun, hilang dah.

Bila aku baca, memang normal untuk sesiapa yang dapat 2nd dose untuk vaksin tu, dapat simptom yang sama dengan apa yang aku rasa. Soooooo, u guys pergilah ambil vaksin, untuk jaga diri kita & orang orang sekeliling kita jugak. Tak perlu takut, kalau ada apa apa pertanyaan, boleh terus tanya doktor. Doktor, nurse, volunteers - semua memang baik sangat, boleh tanya apa apa je berkaitan dengan vaksin, side effects. Setakat ni 2 ppv aku pergi, 1 PPV USIM Nilai dengan PPV Dewan Sikamat, segala soalan yang kita tanya, diorang akan jawab dengan elok. So, pergilah ambil vaksin. Jangan ragu ragu, semuanya untuk kebaikan kita jugak.

Disebabkan aku malu nak mintak tolong orang tangkapkan gambar waktu 2nd dose, cuma ada gambar kaki sendiri je la. Bolehlah, jadi kenangan, dari tak ada langsung πŸ˜‚


Jangan lupa ambil vaksin tau? Bye!


Salam sayang,

nhanimzain

Friday, August 06, 2021

Vaccination Day : 1st Dose Alhamdulillah!

 Assalamualaikum w.b.t.

Setiap hari aku update Mysejahtera, update address, check if dapat appointment atau tak. Setiap hari asyik check benda sama, sampai ada rasa give up la aku nak check lagi dah, malas dah. Dalam masa yang sama sedih pun ada jugak, sebab tengok orang-orang sekeliling, kawan-kawan, semua dah dapat appointment untuk vaksin. Dari 23 Feb 2021 kot, aku dah register, sampailah July masih tak dapat appointment. Sedih iolls, macam nak bawak diri, tapi tengah MCO, so nak bawak diri celah mana? Duduk ontok-ontok kek ghumah, kau jangan mengada nak ke mana-mana pulak πŸ˜‚

Sekali ada sehari tu, malam dalam pukul 10.20pm tu, aku dapat mesej, aku ingatkan mesej biasa, tapi aku still bukak jugak, sekali rupanya mesej tu inform suruh aku check appointment dalam Mysejahtera. Aku was was jugak, taknak berharap, takut harapan palsu semua ni πŸ˜† Tapi aku bukak jugak la Mysejahtera & taraaaaaaaaaa ada appointment for my 1st dose in Dewan Sikamat! Punya aku happy, Allah je tau hahahaha. Sebab waktu ni, tinggal aku dengan Angah aku je belum dapat any appointment for vaccination dalam family kitorang. Terus inform dalam group, Angah aku punyalah jealous hahahahahaha πŸ˜‚

Alhamdulillah, akhirnya on 14 July 2021, aku settle 1st dose. Angah aku teman aku, hantar aku pergi sana sebab aku takut if lepas injection tu aku tak boleh drive. Over kan? Padahal rumah aku dengan dewan tu bukan jauh mana pun, tapi sekali sekali kan, kena over la sikit, lepastu ada orang nak teman, haaa okaylah, ada jugak orang tangkapkan gambar aku πŸ˜‚

Mula-mula sampai tu dewan tu, aku macam blur blur jugak (bila je aku tak blur?) tapi ramai je yang bantu & vaccination process tu sangat cepat okay! Aku tak sempat nak termenung, dalam 10 minit tiba-tiba siap cucuk dah. Tengah dekat observation bay tu, aku baru dapat berfikir dengan waras hahahaha, macam eh dah settle ke eh? Cepat betul! Sampai Angah aku pun terkejut bila dia nampak aku keluar dari pintu dewan tu.

Tapi 1st dose ni kan, time cucuk tu sakit okayyyyy? Mungkin sebab dah lama tak kena cucuk, haaaa tu yang tangan macam kena renjatan elektrik tu, terkejut tangan iolls yang berisi ni kah kah kah kah πŸ˜‚ Lepastu memang akan rasa lenguh sangat, sakit sangat tempat injection tu. Jangan ada yang berani nak langgar tangan yang kena injection tu hahahahaha πŸ˜†Tapi untuk 2 hari je, time hari vaksin tu dengan hari esok tu. Hari ke-3 tu okay dah, so don't worry, ambik vaksin okay?

Tangan tengah sakit sakit pun, tangkap gambar is a must okayyyy? Hahahahah dalam hati macam akhirnyaaaa, dapat jugak aku bergambar lepas aku dapat vaksin, sebelum ni tolong tangkap gambar parents & Along je, so kali ni turn aku pulak muahahahahahahahha πŸ˜† So, nak simpan 2 gambar dekat sini untuk kenangan. Alhamdulillah! Settle 1st dose!


Salam sayang,
nhanimzain

Sunday, June 13, 2021

#Bulus - Gender Reveal & Birthday Party (Online Vers.)

 Assalamualaikum w.b.t.


5 June 2021 - Gender reveal & birthday party

Disebabkan 1 Jun haritu dah mula MCO 3.0, jadinya #Bulus cuma buat online party je lah, nak jumpa tak boleh, nak buat party buih pun tak boleh. Disebabkan kitorang ada our own party planner in this group (baca : Asilah Balqis), so dia cadangkan untuk buat party through Zoom. 

Zaman canggih ni gais, semuanya online, party pun boleh online. Bukan main heboh ya few days before party tu sebab tak tau nak kena pakai apa semua (padahal online je pun), tapi disebabkan masing masing dah lama tak jumpa (baca : membawang), so semua orang jadi excited. Masing masing next year dah nak 30 ya, tapi perangai masing masing sama ya, ala ala umur baru nak masuk 20.

So, pukul 4 mulanya party kitorang. Sebelum mula party tu pun kecoh jugak, ada yang terlepas info, ingat party start pukul 5, dah start huru hara dalam group, ini belum start party lagi πŸ˜† Haaaaa bila masing masing dah masuk zoom, haaaaa semua nak bercakap ya gaisss, sampai aku pun confuse aku nak dengar siapa bercakap. Mak aku ada dekat belakang pun dah tersengih je dengar kitorang bising bising, tapi disebabkan mak aku pun dah kenal perangai masing masing, dia biarkan je la πŸ˜‚

Mula mula kitorang nyanyikan birthday song untuk Feeling, sebab birthday dia 5 Jun tu. Dah nyanyi separuh lagu, tiba tiba si Najwa diam. Si Balqis pun bising la, kau ni apa ni, nyanyi separuh jalan? Najwa cakap, wehhh tempat aku azan. Dah masing2 semua stop nyanyi, tapi dalam masa yang sama menahan gelak sebab dah 2 kali masuk ni birhday song tak habis habis. Habis je azan, nak sambung nyanyi, lepastu tempat lain pulak azan, so after semua dah settle, barulah sambung nyanyi. Dah 29 tahun dah Feeling. Tahun depan 30 dahhhh hahahaha πŸ˜†

Lepastu, kitorang sambung dengan gender reveal party pulak. Aku dengan Pajen pakai baju pink, sebab kitorang teka baby girl. Najwa, Balqis & Feeling pakai baju biru, siap Najwa kemain pakai topi kau nak tunjuk dia teka baby boy. Sekali Ummi tunjuk gambar baju baby girl, apa lagi bersorak la aku dengan Pajen. Nampaknya, anak anak buah aku dalam #Bulus ni semuanya girls. Mungkin nanti kena tunggu Balqis kahwin, boleh dapat baby boy. Aku amin kan jeeee πŸ˜‚

And maaaaaaaaaaaaany thanks to Balqis, sebab belanja kitorang Tealive & Starbucks untuk party petang tu. Bukan main seronok ya masing masing pilih. Kebetulan Tealive tempat aku problem, dekat Foodpanda tulis dah tutup, so Balqis bagilah aku pilih Starbucks, sama macam Najwa & Feeling. So, apa lagi? Yahoo yahoo laaaaaa πŸ’ƒ

Alhamdulillah, even ada kekangan nak jumpa, still, kitorang boleh celebrate sama sama through Zoom. Memang sedih sikit, tapi sekurang kurangnya kitorang still boleh celebrate sama sama & follow SOP (gituhhhh).

Okaylah, kita jumpa next entry. Jaga diri semua, jaga SOP. Jangan keluar kalau tak ada urusan penting, kalau kena keluar jugak, follow SOP okay? Aku doakan moga semua selamat dari covid ni. Kuatkan semangat semua! Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Aminnnn!

salam sayang,

nhanimzain

Saturday, January 23, 2021

#BULUS - Lexis Hibiscus, Port Dickson

 Assalamualaikum w.b.t.

Petang-petang macam ni, tiba-tiba rasa rindu sangat dengan #BuluBuluKehidupan. Ya, nama group aku adalah Bulu-Bulu Kehidupan or shortform dia adalah #Bulus πŸ˜† Kenapa #Bulus? Biarlah rahsia πŸ˜†

Bila tengok gambar-gambar waktu trip dengan #Bulus dekat Lexis Hibiscus, rasa macam baru je jumpa dengan #Bulus tapi rupa-rupanya dah setahun dah kitorang punya trip tu. Aku ingat lagi, waktu kereta aku masuk je entrance Lexis tu, aku jerit sekuat hati, excited sangat dah sampai situ & sebab tak sabar sangat sangat untuk our 1st group trip! Sampai Feeling marah la, dah kenapa tiba-tiba menjerit kuat macam tu? 


2 hari 1 malam je dekat Lexis, tapi Alhamdulillah memang best sangat sangat! Malam tu kitorang buat surprise party untuk Ummi, bridal shower la kiranya sebab time tu Ummi lagi sebulan macam tu nak kahwin. Malam tu kitorang mandi pool ramai-ramai lepastu menggelupur masuk mini sauna yang ada tepi pool, sebab sejuk πŸ˜† Rumah tak ada sauna, itu yang masing masing excited tu bila ada mini sauna.

Pagi esoknya, tengah aku tidur, aku dengar bunyi orang mengemas & bergerak sana sini. Rupa-rupanya Fazreen, tengah bersiap nak mandi pool. Aku macam... kau serius ke nak mandi pagi-pagi ni? Dia angguk then aku nampak dia terus masuk pool. Aku speechless. Tak lama lepastu aku join sekali dengan Feeling, haaa menggelupur sejuk πŸ˜‚


Waktu nak balik, kitorang singgah Restoran Nelayan, sebab diorang nak lunch dulu sebelum balik. Dalam hati memang rasa sedih, sebab tahu, entah bila lagi kitorang dapat berkumpul macam ni. Dan aku rasa hampir setahun jugak tak jumpa diorang sebab Covid. Balqis aku ada jumpa jugak sebab dia pun kerja KL, so sekali sekala ada jumpa. Setiap kali teringat diorang setiap kali itulah aku doa mohon Allah lindung diorang & keluarga dekat mana pun diorang berada.

Kalau ada sesiapa yang plan nak pergi ke Lexis Hibiscus lepas Covid ni reda, pergilah dengan keluarga, kawan-kawan or orang-orang tersayang (gituhhh). Tempat ni sesuai untuk berehat, tenangkan diri lepas penat bekerja. Sebab tenang sangat & best bila dapat berehat dekat situ. Aku tak sempat nak jalan-jalan keliling Lexis sebab kitorang banyak habiskan masa dalam bilik untuk tukar-tukar cerita antara satu sama lain, sebab lama tak jumpa.

Sekarang kita tengah PKP, moga semua urusan korang Allah permudahkan. Jaga diri ya, semua? Mask pakai betul-betul, hand sanitizer pakai, sentiasa basuh tangan. Dan moga Allah kurniakan kita ketabahan & kekuatan dalam kita lalui ujian ni. 


Nota kaki : Kuatkan semangat, semua!


Salam sayang,

nhanimzain

Sunday, November 22, 2020

Hidup Sebelum Covid.

     Assalamualaikum w.b.t.

Semua sihat ke? 

Tiba tiba malam ni teringat trip last year dengan group #BuluBuluKehidupan. Just pergi Lexis Hibiscus, Port Dickson. Tak silap aku, waktu tu almost 2 years kot kitorang tak jumpa. Mula mula aku ingat aku tak join la trip tu, sebab time diorang plan tu, aku belum dapat peluang kerja waktu tu. Tapi baiknya Allah pada aku, Dia kirimkan aku kawan kawan yang baik, so kawan kawan aku ni kata datang je la, diorang dahulukan duit, bila bila duit dah cukup bayar, kalau tak, bila bila bayar pun tak apa. Janji datang, sebab diorang kata lama sangat dah kita tak jumpa. 

Aku waktu tu rasa sebak sangat, sebab aku rasa bersyukur gila gila Allah jumpakan aku kawan kawan yang baik macam diorang, walaupun aku ni bukannya kawan yang baik pun. Moga Allah limpahkan diorang dengan rezeki yang tak pernah putus dan moga Allah lindungi diorang dekat mana pun diorang berada. Aminnnnnnnnn.

Tapi itulahkan, kalau dah namanya rezeki. Sebulan sebelum tarikh nak ke Lexis Hibiscus tu, Allah kurniakan aku rezeki kerja. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat sangat. Ke Lexis Hibiscus hari Sabtu (aku lupa tarikh hahahaha), Jumaat tu sempat lagi dengan Feeling pergi jumpa Reen untuk makan makan (baca : membawang) & karaoke. Sampai rumah dekat Senawang dekat pukul 12am jugak, Reen yang hantar. Mama mampu geleng kepala je sebab dia tau aku ni kalau dah jumpa kawan kawan macam lupa jalan balik rumah πŸ˜†

Reen tau aku dengan Feeling craving Mr Dakgalbi, so dia bawak kitorang ke Korean Restaurant yang lebih kurang Mr Dakgalbi, tapi macam biasalah, aku lupa nama restaurant tu sebab time tu lapar gila gila sebab baru lepas kerja. Punyalah riuh kitorang dalam restaurant tu, padahal bertiga je pun. Teringat waktu kitorang roommates dekat Shah Alam. Rindunya waktu tu! Share makan nasi lemak makcik bawah flat tu, yang sedap gila nasi lemak dia tu. Rindunya lahai zaman belajar.

Next time la story pasal trip ke Lexis Hibiscus tu dengan #BuluBuluKehidupan. Nak tidur awal. Konon! Ohhh btw Alhamdulillah, aku dapat join balik office lama. Dipanggil untuk masuk kerja balik. Alhamdulillah. Dari bulan 7 haritu dah masuk kerja balik. Doakan urusan aku dipermudahkan, okay korang?


Nota kaki : Bila tengok gambar gambar lama, rindunya waktu Covid ni belum muncul.  

Salam sayang,

nhanimzain

Monday, June 08, 2020

Ujian untuk Kita

Assalamualaikum w.b.t.


Lama tak menaip. Almost 1 year jugak. Allahu. Rindu. Tapi bila jari mula menaip, laju jugaklah jari tekan delete. 

Tahun ni, tahun ujian hebat untuk semua orang. Datangnya Covid-19 sebagai ujian, bukan cuma untuk aku tapi untuk semua orang. Aku diuji dengan hilangnya pendapatan. Got my termination letter on 13th April. I cried so hard. After 2 days, Alhamdulillah, semangat datang semula. Dengan izin Allah, dengan kata kata semangat dari kawan kawan. Alhamdulillah. Datangnya ujian, Allah beri nikmat yang lain. Pelbagai nikmat lain! Alhamdulillah! Masih mencari pekerjaan, moga Allah permudahkan. Amin.

Untuk mereka mereka yang lain, yang terkesan dengan ujian ini, moga Allah bukakan seluas luasnya pintu rezeki & Allah limpahkan rezeki yang tidak putus buat kalian. Perit, pedih, tapi percayalah, Allah selitkan hikmah. Kita boleh lalui semua ni, insya Allah! Jangan diizinkan hati untuk putus asa, jangan dibenarkan jiwa untuk menangis hiba. Allah pilih kita untuk ujian ini bersebab & sebab itu semestinya untuk kebaikan kita juga. Kuatkan semangat!

Dan baru diumumkan, yang PKPB bakal berakhir 9 Jun 2020 & digantikan dengan PKPP ( Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ). Dah dibenarkan untuk rentas negeri, kecuali ke kawasan PKPD. Alhamdulillah. Kawan kawan aku yang mana dah lama tak jumpa family tu, semua excited sangat sangat nak balik kampung, including my mom πŸ˜† 

Hati hati untuk semua yang nak balik this weekend! Rancang perjalanan baik baik, hati hati di jalan raya. Aku tau tak sabar nak sampai kampung, tapi hati hati ya driving tu? Jangan drive laju sangat, hati hati. Ingat, #KitaJagaKita!



Nota Kaki : Jaga diri semua! #KitaJagaKita


Salam sayang,
nhanimzain
© nhanimzain
Maira Gall