rooftoprant
Showing posts with label rooftoprant. Show all posts

Sunday, November 22, 2020

Hidup Sebelum Covid.

     Assalamualaikum w.b.t.

Semua sihat ke? 

Tiba tiba malam ni teringat trip last year dengan group #BuluBuluKehidupan. Just pergi Lexis Hibiscus, Port Dickson. Tak silap aku, waktu tu almost 2 years kot kitorang tak jumpa. Mula mula aku ingat aku tak join la trip tu, sebab time diorang plan tu, aku belum dapat peluang kerja waktu tu. Tapi baiknya Allah pada aku, Dia kirimkan aku kawan kawan yang baik, so kawan kawan aku ni kata datang je la, diorang dahulukan duit, bila bila duit dah cukup bayar, kalau tak, bila bila bayar pun tak apa. Janji datang, sebab diorang kata lama sangat dah kita tak jumpa. 

Aku waktu tu rasa sebak sangat, sebab aku rasa bersyukur gila gila Allah jumpakan aku kawan kawan yang baik macam diorang, walaupun aku ni bukannya kawan yang baik pun. Moga Allah limpahkan diorang dengan rezeki yang tak pernah putus dan moga Allah lindungi diorang dekat mana pun diorang berada. Aminnnnnnnnn.

Tapi itulahkan, kalau dah namanya rezeki. Sebulan sebelum tarikh nak ke Lexis Hibiscus tu, Allah kurniakan aku rezeki kerja. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat sangat. Ke Lexis Hibiscus hari Sabtu (aku lupa tarikh hahahaha), Jumaat tu sempat lagi dengan Feeling pergi jumpa Reen untuk makan makan (baca : membawang) & karaoke. Sampai rumah dekat Senawang dekat pukul 12am jugak, Reen yang hantar. Mama mampu geleng kepala je sebab dia tau aku ni kalau dah jumpa kawan kawan macam lupa jalan balik rumah πŸ˜†

Reen tau aku dengan Feeling craving Mr Dakgalbi, so dia bawak kitorang ke Korean Restaurant yang lebih kurang Mr Dakgalbi, tapi macam biasalah, aku lupa nama restaurant tu sebab time tu lapar gila gila sebab baru lepas kerja. Punyalah riuh kitorang dalam restaurant tu, padahal bertiga je pun. Teringat waktu kitorang roommates dekat Shah Alam. Rindunya waktu tu! Share makan nasi lemak makcik bawah flat tu, yang sedap gila nasi lemak dia tu. Rindunya lahai zaman belajar.

Next time la story pasal trip ke Lexis Hibiscus tu dengan #BuluBuluKehidupan. Nak tidur awal. Konon! Ohhh btw Alhamdulillah, aku dapat join balik office lama. Dipanggil untuk masuk kerja balik. Alhamdulillah. Dari bulan 7 haritu dah masuk kerja balik. Doakan urusan aku dipermudahkan, okay korang?


Nota kaki : Bila tengok gambar gambar lama, rindunya waktu Covid ni belum muncul.  

Salam sayang,

nhanimzain

Monday, June 08, 2020

Ujian untuk Kita

Assalamualaikum w.b.t.


Lama tak menaip. Almost 1 year jugak. Allahu. Rindu. Tapi bila jari mula menaip, laju jugaklah jari tekan delete. 

Tahun ni, tahun ujian hebat untuk semua orang. Datangnya Covid-19 sebagai ujian, bukan cuma untuk aku tapi untuk semua orang. Aku diuji dengan hilangnya pendapatan. Got my termination letter on 13th April. I cried so hard. After 2 days, Alhamdulillah, semangat datang semula. Dengan izin Allah, dengan kata kata semangat dari kawan kawan. Alhamdulillah. Datangnya ujian, Allah beri nikmat yang lain. Pelbagai nikmat lain! Alhamdulillah! Masih mencari pekerjaan, moga Allah permudahkan. Amin.

Untuk mereka mereka yang lain, yang terkesan dengan ujian ini, moga Allah bukakan seluas luasnya pintu rezeki & Allah limpahkan rezeki yang tidak putus buat kalian. Perit, pedih, tapi percayalah, Allah selitkan hikmah. Kita boleh lalui semua ni, insya Allah! Jangan diizinkan hati untuk putus asa, jangan dibenarkan jiwa untuk menangis hiba. Allah pilih kita untuk ujian ini bersebab & sebab itu semestinya untuk kebaikan kita juga. Kuatkan semangat!

Dan baru diumumkan, yang PKPB bakal berakhir 9 Jun 2020 & digantikan dengan PKPP ( Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ). Dah dibenarkan untuk rentas negeri, kecuali ke kawasan PKPD. Alhamdulillah. Kawan kawan aku yang mana dah lama tak jumpa family tu, semua excited sangat sangat nak balik kampung, including my mom πŸ˜† 

Hati hati untuk semua yang nak balik this weekend! Rancang perjalanan baik baik, hati hati di jalan raya. Aku tau tak sabar nak sampai kampung, tapi hati hati ya driving tu? Jangan drive laju sangat, hati hati. Ingat, #KitaJagaKita!



Nota Kaki : Jaga diri semua! #KitaJagaKita


Salam sayang,
nhanimzain

Friday, August 02, 2019

Re-Start.

Assalamualaikum w.b.t.



Ada sekali dulu, aku menangis dari KTM KL Sentral sampai KTM Nilai. Air mata tak berhenti turun walaupun aku cuba berhenti menangis (sebab public area kan, dalam train lagi). Tapi memang tak boleh. Dalam train tu, Alhamdulillah, tak ramai pun. Mungkin sebab weekdays, dalam pukul 10 pagi, so tak ada orang nak ke Seremban. Dalam ladies coach cuma ada aku & 2 orang foreigners. Yup, 2 foreigners tu cuma mampu pandang aku & maybe takut nak tegur aku (dah menangis macam hape expect orang tegur πŸ˜†).

Sebenarnya pagi tu, aku pergi kerja macam biasa but because of some reason, aku tak jadi masuk office. Aku breakdown dekat Pasar Seni. Teruk. Aku mesej Feeling, sambil menangis dekat LRT station. Feeling suruh aku balik Senawang waktu tu jugak, tak perlu masuk office. Aku dengar cakap Feeling, aku bagitau manager aku tak dapat masuk office. Masuk train, lagi teruk aku menangis. Tak berhenti. Aku tau aku breakdown teruk waktu tu dan aku tau I am not in a good condition. 

3 tahun kebelakangan ni memang aku cakap, terlalu banyak benda jadi sampai aku jadi lost. Selalu termenung, kadang kadang tak ada sebab tengah termenung boleh menangis sendiri, emosi macam roller coaster, sekejap marah sekejap happy, berkurung dalam bilik, tak terasa nak bercakap dengan orang pun. Bila keluar jumpa orang, okay je happy gelak gelak, balik rumah sebelum tidur menangis. Tak bersebab. So, aku tau, ada yang tak kena dengan aku. Feeling suruh pergi check, tapi macam biasa manusia degil macam aku memang tak ke klinik. Aku cuba cari cara macam mana nak ubah diri aku. Sebab aku rasa yang aku cuma stress & aku kena cari cara untuk "baiki" hati aku sendiri.

1. Surah Al Waqiah

Sebelum mula aku amalkan, aku tengok terlaluuuuuuuuu ramai orang share tentang kebaikan mengamalkan surah Al Waqiah ni. Dekat FB, IG, Twitter, Blog. Rasa pelik jugak, kenapa macam tiba tiba surah ni disebut sebut. Aku mula amalkan, waktu tu niat 'terlari' sikit, nak rezeki yang tak putus putus, nak rezeki sentiasa ada (dalam maksud lain taknak susah πŸ˜‘). Tengoklah perangai aku ni, so korang jangan ikut okayyyy. Lepas few days, aku rasa tak sedap hati & aku 'tambahkan' satu niat lagi. Aku baca surah ni sebagai salah satu cara untuk rasa syukur atas setiap rezeki yang Allah beri pada aku. 

Aku amalkan baca setiap kali lepas solat Subuh & Maghrib. Kadang kadang kalau tak dapat selepas Subuh/Maghrib, bila bila lepas solat aku bacalah. Aku akan cuba untuk baca, sekali sehari pun jadilah. Rezeki datang pelbagai cara kan gaissss? Untuk aku, rezekinya bila Allah KURANGKAN RASA SEDIH yang aku rasa untuk 3 tahun ni.

Yup. Rasa sedih, rasa down; berkurang. Kalau aku cakap hilang terus, tipulah kan nama pun manusia, perempuan lagi, dah sah sah kadang kadang emosi tak stabil HAHAHAHAHA πŸ˜† Tapi memang aku tau, memang banyakkkk kurang. Kalau sedih pun, sekejap je rasa tu. Memang sekejap & nanti rasa sedih tu macam hilang perlahan lahan. Kalau dulu, boleh sampai 2 hari rasa sedih tu. Ini tak. Boleh rasa, yang rasa sedih dalam hati tu, memang hilang sikit demi sikit & lepastu okay! Kadang kadang bila tiba tiba rasa sedih melampau/down, memang aku akan baca/dengar surah Al Waqiah ni sambil dalam hati doa moga Allah ambil kesedihan ni & tak izinkan aku sedih berlebih lebihan.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bagi aku, bila bahagia itu pun satu rezeki. Mungkin bagi sesetengah orang rasa, bahagia tu bukannya apa apa. Tapi, bagi orang macam aku, bahagia tu penting. Sebab bahagia yang kita ada tu, kita kongsi bahagia tu dengan orang & boleh buat orang lain bahagia sekali. Kalau kita sendiri tak ada rasa bahagia, macam mana kita nak berkongsi bahagia tu?

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, I am feeling much better now. Ada lagi beberapa tips lain yang aku cuba buat jugak, insya Allah nantilah aku share lagi. Moga Allah permudahkan urusan semuaaaaa orang! Amin!


Nota kaki : Doakan bff Hani, Feeling & family dikurniakan kesihatan yang baik sebab sekarang dia dekat Mekah untuk menunaikan Haji!

Salam sayang,
nhanimzain

Friday, July 12, 2019

Salah satu doa.

Assalamualaikum w.b.t.


" Boleh tak kalau Hani nak mintak, Ya Allah, untuk sekelumit rasa benci pada mereka mereka yang sakitkan hati Hani?"

Dulu. Ini yang aku pernah mohon dulu. Untuk ada rasa benci, walaupun sedikit, pada mereka mereka yang pernah sakitkan hati aku. Sebabnya, walau teruk macam mana sekalipun hati aku diorang sakitkan, entah kenapa aku tak mampu nak membenci. Tak mampu. 

Rasa sayang masih ada.

Jujur aku cakap, bukan aku tak cuba nak membenci. Tapi, sungguhlah, kalau Allah tak izin, memang takkan mampu. Bukan sekali dua aku mohon, tapi masih, tak mampu nak membenci. Masa berlalu, kalau kadang aku teringat, doa aku kirim, pengganti rindu. Doa tak pernah putus. Pernah aku cerita pada Feeling / Wan, kadang kadang dimarah jugak. Sebab katanya aku ni terlalu baik. Masih boleh melayan dengan baik walaupun orang dah buat macam macam. Tapi, aku sendiri tak tahu kenapa, aku tak mampu nak membenci. Aku sendiri tak faham.

Aku sendiri, sebagai manusia, terlalu banyak dosa aku, pada Allah & pada mereka mereka yang kenal aku secara berdepan / secara maya. Jadi, aku nak ambil kesempatan ni, untuk mohon maaf, untuk semuaaaa salah silap aku, tak kira dari segi perbuatan atau kata kata, sekiranya ada yang melukakan hati sesiapa sepanjang kita kenal, selama kita berhubungan. Maafkan aku.

Moga Allah balutkan hati hati kita dengan kasih sayang & cinta, insya Allah, untuk selama lamanya & moga Allah letakkan semua dalam perlindungan-Nya.

Dan untuk Dena, Hani tak taulah kalau Dena baca atau tak entry ni (πŸ˜†), tapi terima kasih untuk thread yang Dena buat dekat Twitter ni. This helps me a lot.



Nota kaki : Congratulation to my dearest A306 sister, Nuss Rahman for your solemnization today & happy birthday too! May Allah bless you with eternal happiness & I will always love youuuuuu! 

Salam sayang,
nhanimzain

Monday, April 22, 2019

Bahagia

Assalamualaikum w.b.t.

ؐ

Bahagia.

Satu perkara yang subjektif. Berbeza pandangan & 'rasa', ikut manusia. Lain orang, lain pendapat tentang bahagia. Kalau kita bincang tentang bahagia ni sebenarnya, memang tak ada yang dapat nak jelaskan dengan sejelas jelasnya. Sebab rasa bahagia setiap orang tu berbeza. Bahagia ni cuma kita sendiri yang dapat rasa. Bahagia ni, jangan kau ukur guna bilangan manusia yang ada sekeliling kita; atau jangan kau ukur dengan apa apa sekalipun. 

Maksud?

Ada sesetengah orang, walaupun sekeliling dia ada limited number of people, dia masih rasa bahagia. Ada sesetengah yang lain, walaupun sekeliling dia penuh dengan manusia, tapi masih dia tak rasa bahagia. Ada sesetengah orang, dalam kesederhanaan, dia boleh rasa teramattttt bahagia. Ada sesetengah yang lain pula, dalam kelebihan & nikmat yang dia ada, dia tak dapat rasa bahagia tu dalam diri dia. Lain manusia, lain pandangan dia tentang bahagia ni.

Mencari bahagia ni tak mudah & takkan pernah mudah. Sebab kita manusia, sempurna tu tak pernah wujud. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Nak bahagia kita rasa sempurna, sebenarnya kena balik juga pada Dia. Bahagia yang sempurna cuma boleh dapat daripada Dia (nasihat untuk diri aku sendiri jugak yang selaluuuuuu sangat terlupa!

Moga kita semua jumpa bahagia yang kita cari. Moga Allah sentiasa izinkan kita merasa bahagia, sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Insya Allah.


Nota kaki : Favourite surah, Surah Yusuf. Favourite surah korang apa? πŸ˜ƒ

Salam sayang,
nhanimzain

Thursday, February 21, 2019

Soalan.

Assalamualaikum w.b.t.

" Awak bila lagi?"

Soalan yang biasa orang-orang belum berkahwin dapat. Setiap orang berbeza jawapan. Macam aku, selalunya kalau tak ada mood nak jawab soalan, aku cuma senyum. Kalau ada mood nak jawab soalan, "jodoh sesat lagi" (bergurau). Dan biasalah, bila aku jawab macam tu, tak mak aku jeling ataupun makcik makcik aku mula membebel. Selalunya, bila diorang membebel aku cuma tergelak. Sebab aku tau, diorang sebenarnya risau. Risau kalau tak ada siapa nak jaga aku nanti. Sabar semua. Hani baru 27, ada banyak benda tak selesai lagi πŸ˜†

Dulu, aku marah bila orang tanya soalan tentang kahwin ni. Sebab bagi aku, ini hal peribadi. Hal hidup orang. Kenapa nak sibuk hal hidup orang lain? 1 hari, aku terbaca di Twitter,

" Mereka cuma nak ajak bersembang. Jawab elok-elok, dengan hemah & adab. Mohon mereka doakan."

Terus rasa kena sepak 10 kali dekat muka. Apa susah sangat nak husnudzon Hani oii? Sejak dari tu, aku cuba nak bersangka baik. Kalau aku rasa aku tak tau nak jawab apa, aku cuma senyum sahaja dan nanti orang-orang berkenaan akan doakan aku. Alhamdulillah! Itu yang penting sebenarnya. Doa dari orang lain untuk kita! 

Jawab elok-elok, mohon diorang doakan. Kadang-kadang, niat diorang cuma nak bertanya & ajak berbual. Kalau ada yang tersindir kita tu, tutup telinga & cuba untuk jawab elok-elok. Okay? Faham, ada yang tak selesa bila orang bertanya tentang hal kahwin. Tapi, biasalah, manusia. Sifat ingin tahu tu tinggi. Bila jumpa orang-orang macam tu, ingat ni je :

Credit to : Pinterest
Bagi aku, aku memang belum sedia nak berkahwin. Aku rasa, aku belum layak nak berkahwin. Setiap kali tengok kawan kawan dengan suami & anak masing masing, memang rasa seronok sangat! Tapi bila muhasabah diri (gitewww), rasa macam sangat sangat la tak ready nak berkahwin. Mungkin sebab aku belum ready nak tambah tanggungjawab.

Berkahwin ni umpama 2 tali yang kau ikat jadi 1 tali, kau ikat mati 2 tali ni & kau harap sampai bila bila tali ni akan bertahan, tak kiralah hujan badai ribut cuba goncang & putuskan tali, yang diharap tali tu terus bertahan. Dan tali yang dah menjadi 1 ni, akan jadi tempat bertahan bukan untuk seorang, lebih. Tali yang 2 tadi dah jadi 1, maknanya apa apa yang jadi, kita akan nampak cuma 1 tali, bukan 2 dah. Tali semakin panjang, maka makin panjanglah tanggungjawab kita nak menjaga semua yang ada tersangkut / terikat pada tali tu.

Perkahwinan ni bagi aku & bagi sesiapa pun, bukan hal yang mudah. Tanggungjawab yang kita ada sekarang, semakin bertambah. Dulu, kita cuma jaga diri kita, kita cuma jaga 'tali' yang kita ada, 'tali' cuma untuk kita berpaut, tapi sekarang, 'tali' yang kita ada, kita akan kongsikan dengan orang lain, untuk jadikan 1 tali yang lebih panjang, yang boleh kita guna untuk sama sama berkongsi semuanya. Dari segi kasih sayang, tanggungjawab, emosi, etc. dan bukan mudah. Terlafaz akad, ada tanggungjawab baru menanti. Tanggungjawab yang perlu kita jaga elok & rapi, sebab kita harap 'tali' yang dah menjadi 1 ni dapat jadi 'tali' yang kita guna sama sama untuk terus kita paut dalam menuju ke syurga Dia. 

Buat awak semua yang dah berkahwin, saya sangat sangat kagum dengan anda! Sebab saya tahu, perkahwinan ni bukan sesuatu yang mudah. Indah, tetapi bukan sesuatu yang mudah. Tanggungjawab bertambah tapi awak semua terus cuba untuk menjadi yang lebih baik - tak kisah sebagai isteri/suami/etc. Kekuatan awak semua memang hebat! Sebab itu Allah tentukan jodoh kita pada masa masa yang Dia rasa kita sedia. Benarlah, Allah sentiasa tahu kemampuan hamba hamba Nya.

Buat yang belum bertemu jodoh (termasuk diri sendiri πŸ˜†), sementara menunggu jodoh, kita usaha untuk perbaiki diri. Usaha untuk jadi someone yang lebih baik. Buat apa yang awak suka, capai apa yang awak mahu. Saya doakan semua yang tengah menanti jodoh ni, moga Allah permudahkan urusan, moga Allah temukan dengan jodoh jodoh yang baik, insya Allah, aminnnnnn.


Nota kaki : Setiap orang yang datang dalam hidup kita, semuanya bawa pengajaran. Sama ada kita sedar / tidak.


Salam sayang,
nhanimzain

Tuesday, December 18, 2018

Keputusan.

Assalamualaikum w.b.t.


Lama aku fikir tentang hal ni, sebelum aku post dekat IG semalam. Aku mula mula sekali fikir tentang hal ni, when I watched Aida Azlin's video about social media (You may click this link to watch the video : Addicted to Social Media? This is for you.) Dan akhirnyaaaa, setelah berkira-kira, aku pun buatlah keputusan seperti diatas. Dan alhamdulillah, ini hari kedualah kiranya. Dan, semuanya baik baik je, alhamdulillah. Aku ada masa untuk membaca balik (Currently reading : Cerita Cinta Ahmad Ammar, baca untuk kali ke-2), ada masa untuk diri sendirilah senang cerita. Yang paling penting, aku makin tenang. Gitewwwww.

Sebab aku buat keputusan macam ni?

Sebab aku rasa makin lama aku makin hilang diri sendiri.  These 3 years memang bagi aku sangatlahhhhhh mencabar (dan sampai sekarang, masih struggle untuk baaaaaaaaanyak benda). Terlalu banyak yang jadi, terlalu banyak yang aku simpan sendiri & akhirnyaaa, memakan diri sendiri. Lepastu bila scroll social medias, tengok orang lain macam relax & happy, dan apa lagiiii, menggelabah sendiri. I keep comparing myself to other people. Jadi, untuk sementara waktu ni, aku nak "jauhkan" diri sendiri dari semua social medias yang ada (blog kira social media ke? Hahahaha) & as you can see in my IG post, aku ada stated yang aku takkan jawab call / reply messages kan? Bukan niat nak ketepikan kawan kawan, langsung tidak, cuma aku nak bagi diri aku masa untuk sendiri. Untuk bertenang, untuk faham diri sendiri. Aku sendiri tak tau, semua ni sampai bila, tapi insya Allah, kalau diri aku dah tenang, aku muncul la semula, insya Allah. Doakan tak lama la aku macam ni hahahaha.

Jujur aku cakap, tak mudah. Hari hari struggle dengan diri sendiri, dengan expectation orang pada aku, dengan harapan orang pada aku, memang tak mudah. Yang aku harap cuma doa, doa & doa. Dan aku sendiri tengah usaha untuk jadi yang lebih baik, insya Allah. Tolong doakan untuk aku yaaaaa?

Rindu nak berblogging macam dulu. Tulis diary macam dulu. Rasanya lama dah diary yang ada tu tak berusik. Elok tersimpan dalam almari. Rasanya kena mulakan balik. Insya Allah, mungkin dengan menulis ni boleh jadi salah satu cara untuk jumpa diri sendiri? Siapa tau kan?

Aku doakan semoga semua orang dipermudahkan segala urusan. Tak kira la urusan apa sekalipun. Bagi yang tengah dilanda ujian/tengah struggle dengan diri sendiri, moga Allah kurniakan ketenangan hati, moga Allah beri kemudahan untuk kita lalui segalanya, moga Allah beri kita kekuatan & semangat. Amin yarabbal'alamin.

Moga ada rezeki, ada jodoh, diizinkan Allah, kita jumpa lagi. Insya Allah!





Nota kaki : Kalau grammar kita berterabur sampai awak sakit mata, sorry! Hahaha





Salam sayang,
nhanimzain

© nhanimzain
Maira Gall