Assalamualaikum w.b.t.
" Awak bila lagi?"
Soalan yang biasa orang-orang belum berkahwin dapat. Setiap orang berbeza jawapan. Macam aku, selalunya kalau tak ada mood nak jawab soalan, aku cuma senyum. Kalau ada mood nak jawab soalan, "jodoh sesat lagi" (bergurau). Dan biasalah, bila aku jawab macam tu, tak mak aku jeling ataupun makcik makcik aku mula membebel. Selalunya, bila diorang membebel aku cuma tergelak. Sebab aku tau, diorang sebenarnya risau. Risau kalau tak ada siapa nak jaga aku nanti. Sabar semua. Hani baru 27, ada banyak benda tak selesai lagi 😆
Dulu, aku marah bila orang tanya soalan tentang kahwin ni. Sebab bagi aku, ini hal peribadi. Hal hidup orang. Kenapa nak sibuk hal hidup orang lain? 1 hari, aku terbaca di Twitter,
" Mereka cuma nak ajak bersembang. Jawab elok-elok, dengan hemah & adab. Mohon mereka doakan."
Terus rasa kena sepak 10 kali dekat muka. Apa susah sangat nak husnudzon Hani oii? Sejak dari tu, aku cuba nak bersangka baik. Kalau aku rasa aku tak tau nak jawab apa, aku cuma senyum sahaja dan nanti orang-orang berkenaan akan doakan aku. Alhamdulillah! Itu yang penting sebenarnya. Doa dari orang lain untuk kita!
Jawab elok-elok, mohon diorang doakan. Kadang-kadang, niat diorang cuma nak bertanya & ajak berbual. Kalau ada yang tersindir kita tu, tutup telinga & cuba untuk jawab elok-elok. Okay? Faham, ada yang tak selesa bila orang bertanya tentang hal kahwin. Tapi, biasalah, manusia. Sifat ingin tahu tu tinggi. Bila jumpa orang-orang macam tu, ingat ni je :
Credit to : Pinterest |
Bagi aku, aku memang belum sedia nak berkahwin. Aku rasa, aku belum layak nak berkahwin. Setiap kali tengok kawan kawan dengan suami & anak masing masing, memang rasa seronok sangat! Tapi bila muhasabah diri (gitewww), rasa macam sangat sangat la tak ready nak berkahwin. Mungkin sebab aku belum ready nak tambah tanggungjawab.
Berkahwin ni umpama 2 tali yang kau ikat jadi 1 tali, kau ikat mati 2 tali ni & kau harap sampai bila bila tali ni akan bertahan, tak kiralah hujan badai ribut cuba goncang & putuskan tali, yang diharap tali tu terus bertahan. Dan tali yang dah menjadi 1 ni, akan jadi tempat bertahan bukan untuk seorang, lebih. Tali yang 2 tadi dah jadi 1, maknanya apa apa yang jadi, kita akan nampak cuma 1 tali, bukan 2 dah. Tali semakin panjang, maka makin panjanglah tanggungjawab kita nak menjaga semua yang ada tersangkut / terikat pada tali tu.
Perkahwinan ni bagi aku & bagi sesiapa pun, bukan hal yang mudah. Tanggungjawab yang kita ada sekarang, semakin bertambah. Dulu, kita cuma jaga diri kita, kita cuma jaga 'tali' yang kita ada, 'tali' cuma untuk kita berpaut, tapi sekarang, 'tali' yang kita ada, kita akan kongsikan dengan orang lain, untuk jadikan 1 tali yang lebih panjang, yang boleh kita guna untuk sama sama berkongsi semuanya. Dari segi kasih sayang, tanggungjawab, emosi, etc. dan bukan mudah. Terlafaz akad, ada tanggungjawab baru menanti. Tanggungjawab yang perlu kita jaga elok & rapi, sebab kita harap 'tali' yang dah menjadi 1 ni dapat jadi 'tali' yang kita guna sama sama untuk terus kita paut dalam menuju ke syurga Dia.
Buat awak semua yang dah berkahwin, saya sangat sangat kagum dengan anda! Sebab saya tahu, perkahwinan ni bukan sesuatu yang mudah. Indah, tetapi bukan sesuatu yang mudah. Tanggungjawab bertambah tapi awak semua terus cuba untuk menjadi yang lebih baik - tak kisah sebagai isteri/suami/etc. Kekuatan awak semua memang hebat! Sebab itu Allah tentukan jodoh kita pada masa masa yang Dia rasa kita sedia. Benarlah, Allah sentiasa tahu kemampuan hamba hamba Nya.
Buat yang belum bertemu jodoh (termasuk diri sendiri 😆), sementara menunggu jodoh, kita usaha untuk perbaiki diri. Usaha untuk jadi someone yang lebih baik. Buat apa yang awak suka, capai apa yang awak mahu. Saya doakan semua yang tengah menanti jodoh ni, moga Allah permudahkan urusan, moga Allah temukan dengan jodoh jodoh yang baik, insya Allah, aminnnnnn.
Nota kaki : Setiap orang yang datang dalam hidup kita, semuanya bawa pengajaran. Sama ada kita sedar / tidak.
Salam sayang,
nhanimzain
No comments
Post a Comment