Friday, August 02, 2019

Re-Start.

Assalamualaikum w.b.t.



Ada sekali dulu, aku menangis dari KTM KL Sentral sampai KTM Nilai. Air mata tak berhenti turun walaupun aku cuba berhenti menangis (sebab public area kan, dalam train lagi). Tapi memang tak boleh. Dalam train tu, Alhamdulillah, tak ramai pun. Mungkin sebab weekdays, dalam pukul 10 pagi, so tak ada orang nak ke Seremban. Dalam ladies coach cuma ada aku & 2 orang foreigners. Yup, 2 foreigners tu cuma mampu pandang aku & maybe takut nak tegur aku (dah menangis macam hape expect orang tegur 😆).

Sebenarnya pagi tu, aku pergi kerja macam biasa but because of some reason, aku tak jadi masuk office. Aku breakdown dekat Pasar Seni. Teruk. Aku mesej Feeling, sambil menangis dekat LRT station. Feeling suruh aku balik Senawang waktu tu jugak, tak perlu masuk office. Aku dengar cakap Feeling, aku bagitau manager aku tak dapat masuk office. Masuk train, lagi teruk aku menangis. Tak berhenti. Aku tau aku breakdown teruk waktu tu dan aku tau I am not in a good condition. 

3 tahun kebelakangan ni memang aku cakap, terlalu banyak benda jadi sampai aku jadi lost. Selalu termenung, kadang kadang tak ada sebab tengah termenung boleh menangis sendiri, emosi macam roller coaster, sekejap marah sekejap happy, berkurung dalam bilik, tak terasa nak bercakap dengan orang pun. Bila keluar jumpa orang, okay je happy gelak gelak, balik rumah sebelum tidur menangis. Tak bersebab. So, aku tau, ada yang tak kena dengan aku. Feeling suruh pergi check, tapi macam biasa manusia degil macam aku memang tak ke klinik. Aku cuba cari cara macam mana nak ubah diri aku. Sebab aku rasa yang aku cuma stress & aku kena cari cara untuk "baiki" hati aku sendiri.

1. Surah Al Waqiah

Sebelum mula aku amalkan, aku tengok terlaluuuuuuuuu ramai orang share tentang kebaikan mengamalkan surah Al Waqiah ni. Dekat FB, IG, Twitter, Blog. Rasa pelik jugak, kenapa macam tiba tiba surah ni disebut sebut. Aku mula amalkan, waktu tu niat 'terlari' sikit, nak rezeki yang tak putus putus, nak rezeki sentiasa ada (dalam maksud lain taknak susah 😑). Tengoklah perangai aku ni, so korang jangan ikut okayyyy. Lepas few days, aku rasa tak sedap hati & aku 'tambahkan' satu niat lagi. Aku baca surah ni sebagai salah satu cara untuk rasa syukur atas setiap rezeki yang Allah beri pada aku. 

Aku amalkan baca setiap kali lepas solat Subuh & Maghrib. Kadang kadang kalau tak dapat selepas Subuh/Maghrib, bila bila lepas solat aku bacalah. Aku akan cuba untuk baca, sekali sehari pun jadilah. Rezeki datang pelbagai cara kan gaissss? Untuk aku, rezekinya bila Allah KURANGKAN RASA SEDIH yang aku rasa untuk 3 tahun ni.

Yup. Rasa sedih, rasa down; berkurang. Kalau aku cakap hilang terus, tipulah kan nama pun manusia, perempuan lagi, dah sah sah kadang kadang emosi tak stabil HAHAHAHAHA 😆 Tapi memang aku tau, memang banyakkkk kurang. Kalau sedih pun, sekejap je rasa tu. Memang sekejap & nanti rasa sedih tu macam hilang perlahan lahan. Kalau dulu, boleh sampai 2 hari rasa sedih tu. Ini tak. Boleh rasa, yang rasa sedih dalam hati tu, memang hilang sikit demi sikit & lepastu okay! Kadang kadang bila tiba tiba rasa sedih melampau/down, memang aku akan baca/dengar surah Al Waqiah ni sambil dalam hati doa moga Allah ambil kesedihan ni & tak izinkan aku sedih berlebih lebihan.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bagi aku, bila bahagia itu pun satu rezeki. Mungkin bagi sesetengah orang rasa, bahagia tu bukannya apa apa. Tapi, bagi orang macam aku, bahagia tu penting. Sebab bahagia yang kita ada tu, kita kongsi bahagia tu dengan orang & boleh buat orang lain bahagia sekali. Kalau kita sendiri tak ada rasa bahagia, macam mana kita nak berkongsi bahagia tu?

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, I am feeling much better now. Ada lagi beberapa tips lain yang aku cuba buat jugak, insya Allah nantilah aku share lagi. Moga Allah permudahkan urusan semuaaaaa orang! Amin!


Nota kaki : Doakan bff Hani, Feeling & family dikurniakan kesihatan yang baik sebab sekarang dia dekat Mekah untuk menunaikan Haji!

Salam sayang,
nhanimzain

No comments

Post a Comment

© nhanimzain
Maira Gall