Sunday, August 18, 2019

Boba Milk Coffee!

Assalamualaikum w.b.t.


Boba Milk Coffee by Pisang Addict Senawang



Bagi aku, Boba Milk Coffee ni agak manis. Mungkin sebab aku tak berapa kuat makan/minum benda benda manis so sebab tu aku tak berapa tahan manis air ni. Aku ada tambah air masak sikit sebab nak kurangkan rasa manis tu. Tapi, mungkin salah aku jugak sebab aku tak bagitau nak kurang manis so maybe diorang boleh kurangkan apa yang patut. Tapi, definitely I will buy this drink again! Bagi aku, coffee dia sedap! So, aku memang akan beli lagi! Dah jadi one of my favourite drinks! Just kalau beli lagi, aku nak mintak kurangkan manis sikit. Tapi lepasni, mungkin nak rasa Boba Milk Tea dia pulak sebab haritu tak ada rezeki nak rasa.

Pisang Addict Senawang ni ada jual Pisang Cheese jugak tau? Macam macam flavour. Selalu kalau nak beli pisang cheese, memang dekat Pisang Addict Senawang ni je. Anak buah aku, Danish memang suka sangattttt Pisang Cheese Chocolate dekat sini. Selain pisang cheese, diorang ada jual makanan lain jugak. So, korang boleh click je link dekat bawah ni untuk tengok apa yang ada dekat kedai diorang :

Pisang Addict Senawang
Pisang Addict Senawang - Facebook
Pisang Addict Senawang - Instagram


Nota kaki : Ini bukan paid review okayyyy? Lagipun, Hani bukan sesiapa pun nak buat paid review hahahaha ๐Ÿ˜† Kalau tempat tu jual makanan / minuman yang sedap & best, Hani memang akan share!

Salam sayang,
nhanimzain

Friday, August 02, 2019

Re-Start.

Assalamualaikum w.b.t.



Ada sekali dulu, aku menangis dari KTM KL Sentral sampai KTM Nilai. Air mata tak berhenti turun walaupun aku cuba berhenti menangis (sebab public area kan, dalam train lagi). Tapi memang tak boleh. Dalam train tu, Alhamdulillah, tak ramai pun. Mungkin sebab weekdays, dalam pukul 10 pagi, so tak ada orang nak ke Seremban. Dalam ladies coach cuma ada aku & 2 orang foreigners. Yup, 2 foreigners tu cuma mampu pandang aku & maybe takut nak tegur aku (dah menangis macam hape expect orang tegur ๐Ÿ˜†).

Sebenarnya pagi tu, aku pergi kerja macam biasa but because of some reason, aku tak jadi masuk office. Aku breakdown dekat Pasar Seni. Teruk. Aku mesej Feeling, sambil menangis dekat LRT station. Feeling suruh aku balik Senawang waktu tu jugak, tak perlu masuk office. Aku dengar cakap Feeling, aku bagitau manager aku tak dapat masuk office. Masuk train, lagi teruk aku menangis. Tak berhenti. Aku tau aku breakdown teruk waktu tu dan aku tau I am not in a good condition. 

3 tahun kebelakangan ni memang aku cakap, terlalu banyak benda jadi sampai aku jadi lost. Selalu termenung, kadang kadang tak ada sebab tengah termenung boleh menangis sendiri, emosi macam roller coaster, sekejap marah sekejap happy, berkurung dalam bilik, tak terasa nak bercakap dengan orang pun. Bila keluar jumpa orang, okay je happy gelak gelak, balik rumah sebelum tidur menangis. Tak bersebab. So, aku tau, ada yang tak kena dengan aku. Feeling suruh pergi check, tapi macam biasa manusia degil macam aku memang tak ke klinik. Aku cuba cari cara macam mana nak ubah diri aku. Sebab aku rasa yang aku cuma stress & aku kena cari cara untuk "baiki" hati aku sendiri.

1. Surah Al Waqiah

Sebelum mula aku amalkan, aku tengok terlaluuuuuuuuu ramai orang share tentang kebaikan mengamalkan surah Al Waqiah ni. Dekat FB, IG, Twitter, Blog. Rasa pelik jugak, kenapa macam tiba tiba surah ni disebut sebut. Aku mula amalkan, waktu tu niat 'terlari' sikit, nak rezeki yang tak putus putus, nak rezeki sentiasa ada (dalam maksud lain taknak susah ๐Ÿ˜‘). Tengoklah perangai aku ni, so korang jangan ikut okayyyy. Lepas few days, aku rasa tak sedap hati & aku 'tambahkan' satu niat lagi. Aku baca surah ni sebagai salah satu cara untuk rasa syukur atas setiap rezeki yang Allah beri pada aku. 

Aku amalkan baca setiap kali lepas solat Subuh & Maghrib. Kadang kadang kalau tak dapat selepas Subuh/Maghrib, bila bila lepas solat aku bacalah. Aku akan cuba untuk baca, sekali sehari pun jadilah. Rezeki datang pelbagai cara kan gaissss? Untuk aku, rezekinya bila Allah KURANGKAN RASA SEDIH yang aku rasa untuk 3 tahun ni.

Yup. Rasa sedih, rasa down; berkurang. Kalau aku cakap hilang terus, tipulah kan nama pun manusia, perempuan lagi, dah sah sah kadang kadang emosi tak stabil HAHAHAHAHA ๐Ÿ˜† Tapi memang aku tau, memang banyakkkk kurang. Kalau sedih pun, sekejap je rasa tu. Memang sekejap & nanti rasa sedih tu macam hilang perlahan lahan. Kalau dulu, boleh sampai 2 hari rasa sedih tu. Ini tak. Boleh rasa, yang rasa sedih dalam hati tu, memang hilang sikit demi sikit & lepastu okay! Kadang kadang bila tiba tiba rasa sedih melampau/down, memang aku akan baca/dengar surah Al Waqiah ni sambil dalam hati doa moga Allah ambil kesedihan ni & tak izinkan aku sedih berlebih lebihan.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bagi aku, bila bahagia itu pun satu rezeki. Mungkin bagi sesetengah orang rasa, bahagia tu bukannya apa apa. Tapi, bagi orang macam aku, bahagia tu penting. Sebab bahagia yang kita ada tu, kita kongsi bahagia tu dengan orang & boleh buat orang lain bahagia sekali. Kalau kita sendiri tak ada rasa bahagia, macam mana kita nak berkongsi bahagia tu?

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, I am feeling much better now. Ada lagi beberapa tips lain yang aku cuba buat jugak, insya Allah nantilah aku share lagi. Moga Allah permudahkan urusan semuaaaaa orang! Amin!


Nota kaki : Doakan bff Hani, Feeling & family dikurniakan kesihatan yang baik sebab sekarang dia dekat Mekah untuk menunaikan Haji!

Salam sayang,
nhanimzain

Friday, July 12, 2019

Salah satu doa.

Assalamualaikum w.b.t.


" Boleh tak kalau Hani nak mintak, Ya Allah, untuk sekelumit rasa benci pada mereka mereka yang sakitkan hati Hani?"

Dulu. Ini yang aku pernah mohon dulu. Untuk ada rasa benci, walaupun sedikit, pada mereka mereka yang pernah sakitkan hati aku. Sebabnya, walau teruk macam mana sekalipun hati aku diorang sakitkan, entah kenapa aku tak mampu nak membenci. Tak mampu. 

Rasa sayang masih ada.

Jujur aku cakap, bukan aku tak cuba nak membenci. Tapi, sungguhlah, kalau Allah tak izin, memang takkan mampu. Bukan sekali dua aku mohon, tapi masih, tak mampu nak membenci. Masa berlalu, kalau kadang aku teringat, doa aku kirim, pengganti rindu. Doa tak pernah putus. Pernah aku cerita pada Feeling / Wan, kadang kadang dimarah jugak. Sebab katanya aku ni terlalu baik. Masih boleh melayan dengan baik walaupun orang dah buat macam macam. Tapi, aku sendiri tak tahu kenapa, aku tak mampu nak membenci. Aku sendiri tak faham.

Aku sendiri, sebagai manusia, terlalu banyak dosa aku, pada Allah & pada mereka mereka yang kenal aku secara berdepan / secara maya. Jadi, aku nak ambil kesempatan ni, untuk mohon maaf, untuk semuaaaa salah silap aku, tak kira dari segi perbuatan atau kata kata, sekiranya ada yang melukakan hati sesiapa sepanjang kita kenal, selama kita berhubungan. Maafkan aku.

Moga Allah balutkan hati hati kita dengan kasih sayang & cinta, insya Allah, untuk selama lamanya & moga Allah letakkan semua dalam perlindungan-Nya.

Dan untuk Dena, Hani tak taulah kalau Dena baca atau tak entry ni (๐Ÿ˜†), tapi terima kasih untuk thread yang Dena buat dekat Twitter ni. This helps me a lot.



Nota kaki : Congratulation to my dearest A306 sister, Nuss Rahman for your solemnization today & happy birthday too! May Allah bless you with eternal happiness & I will always love youuuuuu! 

Salam sayang,
nhanimzain

Monday, June 10, 2019

Drama / Telemovie : Pia

Assalamualaikum w.b.t.


" Perlu ke awak cemburu Zafran? Sedangkan hati awak tu berbelah bahagi sampai tak ada ruang langsung untuk saya!" - Pia

One of my favourite dialogues in Derita Pia. Bila aku dengar dialog ni dalam telemovie Derita Pia, entah kenapa aku rasa hati aku macam berkecai. Terus berair mata. Rasa sakit hati yang tak mampu aku nak cakap. Allah. Sebaknya. Kalau kita dekat tempat Pia, macam mana agaknya?

Jarang aku dengan mama layan drama melayu. Last drama melayu yang betul betul kitorang follow, drama Lelaki Kiriman Tuhan. Ini memang favourite aku dengan mama. Sebab dalam drama ni, ada nasihat & pengajaran yang kita boleh ambil. Bukan drama kosong. 

Drama Pia ni aku dengan mama follow dari episod 6, terus sangkut sampai la keluar telemovie Derita Pia masa raya ketiga. Siap marathon drama Pia episod 1-5 dengan mama lepas tengok drama Pia episod 6 tu. Recommended! Drama Pia & telemovie Derita Pia memang best! Siapa yang tak tengok lagi, boleh pergi tengok okay? Siapa yang nak tengok drama & telemovie Pia boleh ke Youtube Channel TV3MALAYSIA Official / Drama Sangat Official . Click je dekat link ni, nanti terus ke youtube channel diorang. Okay?

Sinopsis (dari apa yang aku tengok hahaha) :

Pia ada adik istimewa, namanya Budi. Pia dengan Budi ni jadi anak yatim piatu waktu diorang masih kanak kanak lagi. Sebab apa parents diorang meninggal? Kenalah tengok drama Pia tu hahaha. So, Pia & Budi ni dijaga oleh Paklong & Maklong Pia. Paklong Pia ni ajar mengaji dekat surau. Zafran, Zeti (adik Zafran), Pia, Budi & Jibon belajar mengaji dengan Paklong Pia ni. Dari kecik, Zafran & Pia ni macam dah suka 1 sama lain. Diorang pun berkawan sampailah besar & 1 hari Zafran dapat tawaran sambung belajar ke overseas. Zafran pesan suruh Pia tunggu dia balik sebab dia nak kahwin dengan Pia. Mula mula hantar surat/poskad kat Pia, lama lama hilang begitu sajaaaaaa ๐Ÿ˜’. Sampailah Zafran balik Malaysia, rupa rupanya dia dah ada orang lain, nama dia Qis. Frust la Pia, apa lagi. Tapi sebab ada jadi something, Zafran tak dapat nak teruskan hubungan dia dengan Qis. Jadi, Zafran gunakan Pia ni sebagai 'tempat' untuk lupakan Qis. Dia ajak Pia kahwin. Sebelum kahwin janji macam macam ye gaisssss? Nak jaga Budi sama sama, itulah inilah. Pia pun ingat Zafran tu memang ikhlas & baik. Lepas kahwin, haaaaaaaaa boooom! Keluar perangai sebenar Zafran!

Nak tau apa jadi, haaaa pergilah tengok drama Pia tu. Best, serius (bagi pendapat aku la). Habis tengok drama baru sambung tengok telemovie Derita Pia. Aku ni jarang sikit nak sebak bagai tengok drama/movie, tapi telemovie Derita Pia tu haaaa macam apa entah aku menangis teresak gitu. Hahahahaha ๐Ÿ˜‚ 

Selamat menonton semua! Moga ada pengajaran yang boleh kita ambil dari drama/telemovie Pia ni.


Nota kaki : Selamat hari raya aidilfitri semuaaaa! Maaf zahir batin!

Salam sayang,
nhanimzain

Monday, April 22, 2019

Bahagia

Assalamualaikum w.b.t.

ؐ

Bahagia.

Satu perkara yang subjektif. Berbeza pandangan & 'rasa', ikut manusia. Lain orang, lain pendapat tentang bahagia. Kalau kita bincang tentang bahagia ni sebenarnya, memang tak ada yang dapat nak jelaskan dengan sejelas jelasnya. Sebab rasa bahagia setiap orang tu berbeza. Bahagia ni cuma kita sendiri yang dapat rasa. Bahagia ni, jangan kau ukur guna bilangan manusia yang ada sekeliling kita; atau jangan kau ukur dengan apa apa sekalipun. 

Maksud?

Ada sesetengah orang, walaupun sekeliling dia ada limited number of people, dia masih rasa bahagia. Ada sesetengah yang lain, walaupun sekeliling dia penuh dengan manusia, tapi masih dia tak rasa bahagia. Ada sesetengah orang, dalam kesederhanaan, dia boleh rasa teramattttt bahagia. Ada sesetengah yang lain pula, dalam kelebihan & nikmat yang dia ada, dia tak dapat rasa bahagia tu dalam diri dia. Lain manusia, lain pandangan dia tentang bahagia ni.

Mencari bahagia ni tak mudah & takkan pernah mudah. Sebab kita manusia, sempurna tu tak pernah wujud. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Nak bahagia kita rasa sempurna, sebenarnya kena balik juga pada Dia. Bahagia yang sempurna cuma boleh dapat daripada Dia (nasihat untuk diri aku sendiri jugak yang selaluuuuuu sangat terlupa!

Moga kita semua jumpa bahagia yang kita cari. Moga Allah sentiasa izinkan kita merasa bahagia, sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Insya Allah.


Nota kaki : Favourite surah, Surah Yusuf. Favourite surah korang apa? ๐Ÿ˜ƒ

Salam sayang,
nhanimzain

Saturday, March 02, 2019

Langkawi : Bye bye!

Assalamualaikum w.b.t.

HARI KETIGA
12 September 2018, Rabu

Entry terakhir untuk Langkawi. Moga moga lepasni ada rezeki lagi nak ke Langkawi sebab ada banyak tempat lagi yang belum pergi. Tak sempat nak buat food hunting lagi, banyak pantai tak pergi lagi. Insya Allah, kalau Allah izinkan, ada rezeki & jodoh, sampailah ke Langkawi lagi. Doakan aku ya?

Muka kepenatan & lapar. Abaikan pipi pau itu ๐Ÿ˜†
Jadi, aku dengan Feeling pun masuk la ke 3D Art Museum lepas turun dari cable car. Untuk 3D Art ni, ada different theme zones okay? Aku mula mula ingat tempat ni kecil je, sebab tengok dari entrance tu tak adalah besar sangat (itulah, lain kali jangan underestimate okay Hani?). Ohh ya, boleh refer link ni : 3D Art Langkawi for more information about the theme zones & fees.

Kalau tak silap aku, ini Classic Zone. 
Aku paling suka dekat Main Hall Zone. Memang cantik! Waktu mula-mula masuk tu rasa macam wooooooo besar gila! Hahaha. Disebabkan aku ni takdelah reti bergambar, kalau bergambar cuma reti berdiri macam tiang, jadi gambar aku idok le menjadi sangat. Lebih kepada syok sendiri hahahaha. Tapi, aku sangat sangat suka tengok budak budak dekat tempat ni sebab nampak sangat diorang seronok tengok lukisan lukisan yang ada. Bila tengok diorang posing dengan parents yang supportive, memang seronok & nampak comel sangat!


Kalau tak silap aku, aku dengan feeling dalam sejam jugak dekat dalam ni. Seronok jugak la. Besar tempat ni. Ingatkan bila jalan dari 1 zone ke zone yang lain dah habis dah rupanya ada lagi! Semua sudut boleh jadi tempat bergambar. Hahaha. Best jugak! Tapi aku dengan Feeling tak ke Underwater World Langkawi sebab masa tak mengizinkan. Insya Allah, ada rezeki ke Langkawi, kita ke Underwater World pulak.

HARI KEEMPAT
13 September 2018, 11.00 am

Berat hati nak tinggalkan Langkawi. Rasa macam tak nak balik. Tapi dah rindu dengan anak anak buah. Jadi kuatkan hati jugak. Dalam hati tak putus putus doa, minta Allah izinkan untuk datang lagi ke Langkawi. Insya Allah, dengan izinNya nanti. 

Oh ya sebelum terlupa! Kalau ke Langkawi, jangan lupa singgah Nasi Ayam Pak Ya. Memang sedap & portion nasi & ayam tu besar & banyak! Memang sangat sangat sangat puas hati. Waktu order tu, ingatkan biasa je portion ayam tu, tapi bila sampai memang besar! Itulah, aku dengan Feeling tamak sangat, konon konon boleh habis sekali haaaa kekenyangan! Sampai ke petang kenyang! Antara yang aku rindu selain pasembor ; nasi ayam Pak Ya. Huwaaaaaaa teringinnya nak makan lagi! Teringat ayam tu disalut dengan telur dadar. Ya Allah sedapnyaaaa!


Lepas makan dekat Restoran Pak Ya, bergerak la kitorang ke airport. Flight sepatutnya pukul 5.35 pm tapi dapat message dari Malindo, diawalkan ke 4.30 pm tak silap aku. Balik dari Langkawi, aku naik Malindo sebab macam lagi murah siap ada free luggage (alamak aku lupa la berapa kg hahaha sorry). Pulangkan kereta sewa dekat Jeti Kuah. Oh ye! Kalau korang sewa kereta kan, selalunya kalau kau nak mintak hantar ke airport just tambah bayar rm20 je, so nanti diorang akan hantarkan terus ke airport. Ini aku tau dari orang yang aku dengan Feeling sewa kereta tu. Sangat berbaloi sebab kalau naik grab pun lebih kurang je harganya. 

Akhirnya, balik pada realiti. Hahaha, macam tak rela je ye tak? Hahaha, memang tak rela pun! Tapi, nak tak nak kena balik jugak. Tanggungjawab menanti. Insya Allah, ada rezeki, ada jodoh, sampai lagi ke Langkawi. Insya Allah, kalau diizinkan Allah, macam nak repeat ke Sabah lagi tahun ni, kalau ada rezeki, insya Allah. Doakan yaaa, sebab rindu jugak dengan Sabah. Last pergi tahun 2012/2013 kalau tak silap.


Nota kaki : Bye bye Langkawi! I miss you!


Salam sayang,
nhanimzain

Thursday, February 21, 2019

Soalan.

Assalamualaikum w.b.t.

" Awak bila lagi?"

Soalan yang biasa orang-orang belum berkahwin dapat. Setiap orang berbeza jawapan. Macam aku, selalunya kalau tak ada mood nak jawab soalan, aku cuma senyum. Kalau ada mood nak jawab soalan, "jodoh sesat lagi" (bergurau). Dan biasalah, bila aku jawab macam tu, tak mak aku jeling ataupun makcik makcik aku mula membebel. Selalunya, bila diorang membebel aku cuma tergelak. Sebab aku tau, diorang sebenarnya risau. Risau kalau tak ada siapa nak jaga aku nanti. Sabar semua. Hani baru 27, ada banyak benda tak selesai lagi ๐Ÿ˜†

Dulu, aku marah bila orang tanya soalan tentang kahwin ni. Sebab bagi aku, ini hal peribadi. Hal hidup orang. Kenapa nak sibuk hal hidup orang lain? 1 hari, aku terbaca di Twitter,

" Mereka cuma nak ajak bersembang. Jawab elok-elok, dengan hemah & adab. Mohon mereka doakan."

Terus rasa kena sepak 10 kali dekat muka. Apa susah sangat nak husnudzon Hani oii? Sejak dari tu, aku cuba nak bersangka baik. Kalau aku rasa aku tak tau nak jawab apa, aku cuma senyum sahaja dan nanti orang-orang berkenaan akan doakan aku. Alhamdulillah! Itu yang penting sebenarnya. Doa dari orang lain untuk kita! 

Jawab elok-elok, mohon diorang doakan. Kadang-kadang, niat diorang cuma nak bertanya & ajak berbual. Kalau ada yang tersindir kita tu, tutup telinga & cuba untuk jawab elok-elok. Okay? Faham, ada yang tak selesa bila orang bertanya tentang hal kahwin. Tapi, biasalah, manusia. Sifat ingin tahu tu tinggi. Bila jumpa orang-orang macam tu, ingat ni je :

Credit to : Pinterest
Bagi aku, aku memang belum sedia nak berkahwin. Aku rasa, aku belum layak nak berkahwin. Setiap kali tengok kawan kawan dengan suami & anak masing masing, memang rasa seronok sangat! Tapi bila muhasabah diri (gitewww), rasa macam sangat sangat la tak ready nak berkahwin. Mungkin sebab aku belum ready nak tambah tanggungjawab.

Berkahwin ni umpama 2 tali yang kau ikat jadi 1 tali, kau ikat mati 2 tali ni & kau harap sampai bila bila tali ni akan bertahan, tak kiralah hujan badai ribut cuba goncang & putuskan tali, yang diharap tali tu terus bertahan. Dan tali yang dah menjadi 1 ni, akan jadi tempat bertahan bukan untuk seorang, lebih. Tali yang 2 tadi dah jadi 1, maknanya apa apa yang jadi, kita akan nampak cuma 1 tali, bukan 2 dah. Tali semakin panjang, maka makin panjanglah tanggungjawab kita nak menjaga semua yang ada tersangkut / terikat pada tali tu.

Perkahwinan ni bagi aku & bagi sesiapa pun, bukan hal yang mudah. Tanggungjawab yang kita ada sekarang, semakin bertambah. Dulu, kita cuma jaga diri kita, kita cuma jaga 'tali' yang kita ada, 'tali' cuma untuk kita berpaut, tapi sekarang, 'tali' yang kita ada, kita akan kongsikan dengan orang lain, untuk jadikan 1 tali yang lebih panjang, yang boleh kita guna untuk sama sama berkongsi semuanya. Dari segi kasih sayang, tanggungjawab, emosi, etc. dan bukan mudah. Terlafaz akad, ada tanggungjawab baru menanti. Tanggungjawab yang perlu kita jaga elok & rapi, sebab kita harap 'tali' yang dah menjadi 1 ni dapat jadi 'tali' yang kita guna sama sama untuk terus kita paut dalam menuju ke syurga Dia. 

Buat awak semua yang dah berkahwin, saya sangat sangat kagum dengan anda! Sebab saya tahu, perkahwinan ni bukan sesuatu yang mudah. Indah, tetapi bukan sesuatu yang mudah. Tanggungjawab bertambah tapi awak semua terus cuba untuk menjadi yang lebih baik - tak kisah sebagai isteri/suami/etc. Kekuatan awak semua memang hebat! Sebab itu Allah tentukan jodoh kita pada masa masa yang Dia rasa kita sedia. Benarlah, Allah sentiasa tahu kemampuan hamba hamba Nya.

Buat yang belum bertemu jodoh (termasuk diri sendiri ๐Ÿ˜†), sementara menunggu jodoh, kita usaha untuk perbaiki diri. Usaha untuk jadi someone yang lebih baik. Buat apa yang awak suka, capai apa yang awak mahu. Saya doakan semua yang tengah menanti jodoh ni, moga Allah permudahkan urusan, moga Allah temukan dengan jodoh jodoh yang baik, insya Allah, aminnnnnn.


Nota kaki : Setiap orang yang datang dalam hidup kita, semuanya bawa pengajaran. Sama ada kita sedar / tidak.


Salam sayang,
nhanimzain

Friday, February 15, 2019

Langkawi : Part 3 (SkyCab)

Assalamualaikum w.b.t.

HARI KETIGA
12 September 2018, Rabu, 10.00 am

Hari ketiga ni hati rasa resah sikit. Sebabnya? Nak kena naik cable car. Mana yang kenal aku taulah yang ni gayat orangnya. Dulu, waktu asasi dekat Kuantan, nak ampai baju (rumah tingkat 1) pun menggeletar tahap apa entah sebab palang ampai baju tu dekat kawasan luar, bukan dalam beranda rumah. Baru tingkat 1. Ini pulak nak naik cable car.

Jalan nak ke kawasan cable car ni macam nak ke Jelebu. Hahaha. Sepanjang perjalanan tu aku cakap dekat Feeling, kita macam nak ke Jelebu la pulak! Terus kena jeling dengan Feeling. Hahaha! 



Entah apa merasuk aku entah, sebabnya aku yang suggest dekat Feeling nak naik cable car ni. Yang orang sebelah sana, sah sah la setuju! Dah sampai pintu masuk nak ke cable car tu, sempat lagi cakap dekat Feeling,

"Apa saya fikir waktu saya ajak awak naik cable car ni eh?"

Macam biasa, Feeling gelak je la. Dia excited la. Dia memang suka benda benda macam ni. Kali ni aku ambil package dari Langkawi Packages Holiday Sdn Bhd jugak. Aku ambil Basic Package : Skycab + Skyrex + Sky Dome + 3D Art. Untuk package ni, RM80.00/2 pax. Senang sangat, tak payah beratur panjang panjang, bawa je salinan resit terus ke Kaunter 6 & tadaaaaa boleh pilih nak ke mana dulu. Nak pergi Skycab dulu ke, nak ke Skyrex dulu ke, terpulang. Macam aku dengan Feeling, pilih nak naik Skycab dulu. Muka yakin gaissss tapi bila dah masuk cable car tu hmmmmmmm! Rasa nak melompat keluar je!

Waktu aku pergi ni, tak berapa ramai. Dekat kaunter tiket pun tak la sampai kena beratur panjang. Tapi kitorang memang tak perlu beratur pun, sebab kitorang terus ke Kaunter 6 sebab dah awal awal buat payment semua. Alhamdulillah. Marilah kita naik cable car!


Senyum pun nak tak nak je. Cuak punya pasal! Padahal baru je naik, belum sampai Platform 1 pun lagi!

Cuaca waktu ni, tak berapa baik. Agak windy, bunyi angin kuat lagilah menambah cuak. Separuh jalan nak ke Platform 1, hujan rebas. Hati aku kau tak payah cakap la, dah macam nak terkeluar dari badan. Pegang phone pun shaking kah kah kah! 




Disebabkan cuaca tak berapa baik, jadi tak ada rezeki nak lalu Sky Bridge. Waktu ni, aku dengan Feeling bukanlah main gigih, kononnya nak tunggu hujan reda, nak lalu Sky Bridge punya pasal. Tapi itulah, kalau dah memang bukan rezeki. Nak sedapkan hati, Feeling cakap mungkin Langkawi nak suruh kita datang lagi. Aku pun iyakan, padahal dalam hati sedihnyaaaaaaa (padahal gayat ada hati nak lalu Sky Bridge).


Punyalah gigih nak jugak tangkap gambar padahal waktu ni hujan boleh tahan lebat. 
Lepastu lari lintang pukang dengan Feeling, hahahaha

Lama jugak aku dengan Feeling tunggu. Rasanya ada sejam. Sementara tunggu hujan nak reda, beli makanan dengan Feeling. Feeling beli aiskrim, aku beli popcorn. Popcorn dia sedap gilaaaaaaaaaaa! Dengan buat keychain nama untuk kenangan aku dengan Feeling. Ya Allah. Rindunya dekat Langkawi!




Akhirnya, aku dengan Feeling turun ke bawah jugak, sebab taknak buang masa. Betullah, kalau dah bukan rezeki, memang bukanlah. Sampai je bawah, cuaca elok seelok eloknya. Cerah. Waktu tu, aku pandang Feeling, Feeling pandang aku. Bukan rezeki. Nak buat macam manakan? Memang Langkawi suruh kita datang lagi la tu Feeling!

Sepanjang naik cable car, aku beranikan diri pandang sekeliling. Masya Allah! Cantiknyaaa! Nampak air terjun. Sungguhlah, aku memang jatuh hati dengan Langkawi. Fahamlah aku kenapa orang suka ke sini. Tenang dia lain. Aku pernah ke Sabah, tapi tenang yang aku rasa dekat Langkawi memang lain.

Untuk SkyDome & SkyRex, 2-2 ni ambil masa dalam 30 minit je tak silap aku.  Sebab ini lebih kepada 3D show(?). SkyRex tu, macam kau naik train untuk lari dari dinasour yang mengamuk. Macam Jurassic World gitewwww. SkyRex ni kau kena beratur tunggu turn sebab dalam 1 show tu boleh masuk dalam 15 /20 orang je. Disebabkan aku ni kadang kadang perangai budak-budak masih ada, jadi aku masih terhibur! Hahahahaha! SkyDome pulak aku tak ingat sangat. Yang aku ingat SkyDome ni buat kepala aku pening sikit sebab skrin dia penuh atas kepala so mata kau macam kejap ke sana kejap ke sini. Hahahaha. Untuk SkyDome, show ni ada masa dia sendiri. Setiap setengah jam ada 1 show. Eg, pukul 2 ada show then 2.30 baru ada show lain. Haaaa lebih kurang macam tu la.

Next entry la baru sambung masuk 3D Art. Jumpa lagi! Assalamualaikum!



Salam sayang,
nhanimzain

Tuesday, January 22, 2019

Langkawi : Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

HARI KEDUA
11 September 2018, Selasa, 9.00 am

Menunggu Puan Siti untuk bawa kitorang Island Hopping! Punyalah semangat, berjanji pukul 9, tapi kitorang pukul 8.30 dah sampai. Untuk Island Hopping, aku guna service dari Langkawi Packages Holidays Sdn Bhd. Alhamdulillah, sangatlahhhh mudah berurusan dengan company ni. Recommended! Hani bagi 5 bintang! Sangat cepat reply whatsapp, soalan soalan kita dijawab dengan baik & segala urusan diorang cuba selesaikan secepat mungkin. Ini review ikhlas dari hati, bukan dibayar ya? Hahaha. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.

Untuk memudahkan korang tengok package apa yang diorang ada, boleh click link ni : Langkawi Packages Holiday Sdn Bhd

Takpun, boleh visit IG diorang dekat sini : Langkawi Packages IG

Aku ada ambil 2 packages : Island Hopping & Basic Package. Untuk Island Hopping, RM60.00 untuk 2 pax & kita akan ke 3 tempat yang ada di Langkawi iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar (Eagle feeding) & Pulau Beras Basah. Basic package aku explain kemudian okay? Untuk island hopping ni selalunya akan ambil masa dalam 3-4 jam. Jadi aku dengan Feeling decided untuk khaskan one day just for this island hopping activities. Memang ambil masa dalam 3-4 jam jugak so masa yang selebihnya tu pergilah mana korang nak pergi selepas tu hahahaha.



Last naik speed boat (aku tak tau la nama sebenar boat tu apa hahaha) aku rasa waktu dekat Sabah dulu. Waktu tu nak ke Pulau Manukan. Dah 5 tahun lepas tak silap aku. So, bila kali ni naik lagi, cuak tu ada jugaklah. Dengan aku & Feeling duduk depan sekali, haaaa lagilah bertambah cuak tu! Hahaha. Tengah leka tengok sekeliling, tiba tiba boat berhenti. Dah kenapa?



Rupa rupanya, adik yang bawa boat tu nak tunjuk bentuk wanita mengandung dekat Tasik Dayang Bunting tu. Masya Allah! Memang nampak bentuk seorang wanita mengandung yang tengah berbaring seolah olah menghadap langit. Aku waktu tu memang speechless. Kuasa Allah memang hebat! Lepastu berhenti la dekat Tasik Dayang Bunting tu untuk sejam. Ya Rabbi, aku ingatkan masuk pintu masuk tu terus boleh sampai la tasik tu, rupa rupanya kena mendaki naik tangga! 



Sampai Tasik Dayang Bunting tu aku dengan Feeling tak mandi pun, sebab kena bayar life jacket tu. Aku dengan Feeling ni pun "bijak" terlebih sebenarnya, bawak duit RM10 je sorang. Masuk Tasik Dayang Bunting ada bayaran ye, aku tak ingat berapa tapi tak silap aku tak lebih RM5 pun sorang. Dengan aku yang memang tak berani nak bermandi manda tempat yang aku tak nampak dasar, so aku dengan Feeling mampu rendamkan kaki je sambil borak borak dengan akak sorang ni. Cukup masa, aku dengan Feeling pun balik la ke tempat tunggu boat. Dekat Tasik Dayang Bunting ni sangat sangat lah banyak monyet jadi hati hati ya kalau ada bawak makanan / minuman.

Next destination, marilah kita ke Pulau Singa Besar! Ini pun tiba tiba boat berhenti & adik tu explained tentang kawasan ni ada baaaaaanyak helang! Mula mula aku macam mana helangnya? Sekali ada banyaaaaaaaak helang yang datang! Cantik! Sorry, tak dapat nak tunjuk dekat sini, waktu ni leka tengok helang lepastu ada video je tapi video tu ada suara annoying aku so hehehe tak dapatlah nak tepek dekat sini.

Lepastu bergerak la kita ke Pulau Beras Basah. Mula mula aku tak nak mandi dekat sini. Just nak duduk tengok sekeliling. Lepastu aku tengok si Feeling ni macam excited betul. Aku pun ter-"join" excited dia tu. Mula mula tu aku ingat biar aku je jaga barang, biar Feeling je bermandi manda, tapi Alhamdulillah, memang Allah tu sangat sangat la baik, kami jumpa dengan akak & abang ni, ya Allah sangat sangatlah baik, bagi kami tumpang barang dalam bag dia. Jadinya, dapatlah aku join Feeling mandi. Beria kau! Sekali Feeling kata,

"Hani, awak tengok sekeliling. Semua orang berinai!"

Aku pun tengok sekeliling kitorang. Aah! Semuanya berinai! Hahaha! Masing masing dengan pasangan masing masing. Mungkin tengah honeymoon. Aku pandang Feeling, Feeling pandang aku. Lepastu, aku tergelak & Feeling jeling aku hahahaha. Marah letewwww! 

Terima kasih akak & abang, sebab bagi kami tumpang barang barang kami, siap jagakan barang waktu kami berseronok mandi manda. Terima kasih banyak banyak. Siap bagi kami mihun goreng untuk kitorang lunch. Terima kasih banyak banyak. Moga Allah balas kebaikan akak & abang pada kami dengan rezeki melimpah ruah & kami doakan segala doa doa akak & abang Allah makbulkan. Moga ada rezeki kita jumpa lagi. Lupa nak tanya nama akak & abang tapi insya Allah, ada rezeki, ada jodoh kita jumpa lagi.

Tak banyak gambar waktu island hopping ni sebab aku dengan Feeling leka tengok sekeliling. Dekat Pulau Beras Basah lagi la tak tangkap gambar apa apa hahaha! Ohh ye! Dekat Pulau Beras Basah memang ada banyaaaaaaak sangat monyet liar. Dekat sini kena hati hati sikit ya, kalau bawa makanan/minuman jangan tunjuk tunjuk sangat / sorok sorok sikit sebab monyet yang ada memang menanti peluang untuk menyambar makanan anda! Seperti yang terjadi pada Feeling hahahaha! 

Punyalah banyak dia beli cake Apollo tu, lepastu berseronok tayang & apa lagi Encik Monyet pun peluklah dia dari belakang nak mintak sikit cake Apollo tu! Aku dah pegun belakang Feeling, takut punya pasal sebab aku tengah bawak mihun & Alhamdulillah, Allah jumpakan lagi kitorang dengan orang yang baik, an Indian guy yang tolong halaukan monyet dari Feeling & make sure kitorang berdua tak diganggu dengan monyet monyet tu. Terima kasih banyak banyak! May Allah bless you with endless happiness! Amin!

Dalam pukul 2 pm, tamatlah island hopping. Waktu sampai jeti(?), hujan lebat sangat. Tapi waktu dekat Pulau Beras Basah dah start hujan dah sebenarnya. Tapi waktu ni baju memang dah basahkan, so redah je la hujan tu nak ke kereta. Lepastu perut masing masing lapar, ingat nak drive thru McD je, tapi tak tau dekat mana so pergi yang dekat Langkawi Fair Shopping Mall. Bertekak jugak la aku dengan Feeling, takkan basah basah ni nak masuk mall kot? So, Feeling pusing pusing dulu sampai baju kitorang dah kering sikit, barulah masuk mall tu. Alhamdulillah, time tu memang baju lembap je, tapi aircond dekat mall tu, Masya Allah, punyalah kuat, sejuk sampai aku menggigil dengan Feeling. Punyalah jalan laju laju nak keluar dari mall tu! Masuk kereta masing masing tergelak hahahaha.

So, petang & malam tu tak kemana pun sebab kitorang cuma berehat dalam bilik. Berborak, bergosip, lepak lepak sebab memang dah lama kitorang tak berborak borak macam ni. Tamatlah hari kedua di Langkawi.

Hari ketiga? Ke cable car lah kitaaaaaaa! 




Nota kaki : Langkawi, rindunya kita kat awak!



Salam sayang, 
nhanimzain

Saturday, January 12, 2019

Langkawi : Part 1

Assalamualaikum w.b.t.

HARI PERTAMA
10 September 2018, Isnin, 7.55 am

Alhamdulillah, bertolaklah aku dengan Feeling ke Langkawi. Thanks mama & ayah sanggup bangun awal pagi nak hantar Hani & Feeling ke airport. Dah duduk selesa, aku tengok sekeliling, ramai yang pergi dengan family / pasangan. Aku cakap dekat Feeling, 

" Awak! Orang lain pergi dengan family / husband / wife, kita sendu pergi berdua. Hahaha". 

Habis je cakap macam tu, terus dapat jelingan maut sekali tazkirah subuh ya dari Feeling. Hahahaha. Alhamdulillah, sampai dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dalam pukul 8.40 / 9 lebih macam tu (tak ingat dah exact time sampai Langkawi pukul berapa). Dekat sini ada 1 masalah. Ya, kitorang tak ada transport! Sebelum nak pergi tu, memang ada tanya dengan agent kereta sewa ni, nak sewa viva waktu tu, tapi ada masalah masalah yang aku pun malas nak ingat dah, time sampai Langkawi tu kitorang masih tak booking mana mana kereta sewa. Perangai aku dengan Feeling ni memang jenis pakai redah. Booked a grab car dari airport ke lokasi pertama iaituuuuuuuu RESTORAN SITI FATIMAH untuk breakfast sebab perut memang lapar tahap apa dah. 

Kitorang ke sini selepas meng-google segala jenis restoran & reviews waktu dekat airport. Yaaaa, dekat airport baru google nak ke mana ya semuaaa? (Please jangan ikut perangai ni, sebab kitorang banyak buang masa meng-google hahahahaha, plan awal awal okay?) Alhamdulillah, dapat jumpa orang Langkawi yang baik baik. Abang grab peramah & orang orang dekat Restoran Siti Fatimah memang ramah. Banyak yang kitorang tanya, diorang jawab dengan sangat sangatlah detail & sangatlah ramah. Pilihan makanan bagi aku banyak, sebab ada nasi & macam macam jenis lauk (waktu ni aku memang pelik gaisss, pukul 10 pagi dah ada nasi campur untuk sarapan, mungkin aku yang tak biasa, tapi aku serius kagum! Serius!) dan ada roti john & ada macam macam jenis pilihan roti lagi dekat situ. Tak sempat nak tangkap gambar restoran & sekeliling situ sebab perut dah lapar sangat lupa dah benda benda lain hahahaha.

Restoran Siti Fatimah
(Gambar ihsan dari Feeling)


So, lepas breakfast, booked grab & ke LANGKAWI FAIR SHOPPING MALL. Waktu ni sebenarnya tak tau nak kemana, sebab check in pukul 2 kan? Jam baru pukul 11 so ada 3 jam lagi. Memang ada nak cari barang so lepas google (lagi sekali, yup!) ke Langkawi Fair la kita. Alhamdulillah, kali ni dapat abang grab yang baik jugak siap suggest patut ke mana & dia yang bagitau sebenarnya dari Langkawi Fair ke Dataran Helang cuma jalan kaki 5 minit je! Abang grab tanya kitorang kenapa datang bulan September sebab waktu tu nak mula musim hujan. Aku dengan Feeling jawablah kitorang datang ni main redah bang, takde plan apa apa. Abang tu pun mampu menggeleng sajooo. Hahaha.

 Lepas beli barang, aku dengan Feeling pun menapak la ke Dataran Helang dengan bag bagai. Dah alang alang kan? Feeling sepanjang jalan membebel ya gaisss sebab kena berjalan kaki ke Dataran Helang tu siap kena bawak bag lintas jalan hahaha. So beria tangkap gambar dengan helang besar tu (bagi aku kawasan Dataran Helang tu serius cantik! bagi aku la hehehe). 


Lepastu ke kawasan Jeti Kuah & Alhamdulillah, kitorang dapatlah sewa 1 kereta Myvi untuk 4 hari di Langkawi. Dekat jeti, ada 1 tempat tu (dekat tengah tengah kawasan parking kalau tak silap aku) ada berdereeeeeeeeet kedai/kiosk(?) untuk kita sewa kereta. Boleh pilih mana yang berkenan, hahaha sebab memang banyak pilihan dekat situ. Aku dengan Feeling pun survey dulu & Alhamdulillah dari nak sewa Viva dapat upgrade ke Myvi dengan harga RM240.00 untuk 3 hari (perkiraan hari ikut masa kita sewa kereta ya? Eg kita mula sewa dari pukul 1(10/09/2018) - pukul 1(11/09/2018) kira 1 hari & seterusnya). Waktu aku ke Langkawi ni, kira peak season & harga kereta sewa mahal sikit dari normal season. Tapi harga yang aku dapat ni, Alhamdulillah, bagi aku murahlah sikit bagi harga kereta sewa waktu peak season.


Lepas dapat kereta sewa, marilah kita check in ya sebab badan dah penat tahap apa dah. So, selama 4 hari 3 malam di Langkawi & setelah aku survey beratus kali (ya, macam hiperbola, tapi ini serius sebab aku memang survery banyak kali bab tempat nak stay sebab ini adalah perkara yang sangat sangat penting! Hahaha) dan akhirnya aku & Feeling setuju untuk stay dekat CENANG LANGKAWI HOUSE dengan harga RM336.93 (taxes & fees included - RM30.63). Harga ni lepas aku ada guna promotion(?) voucher dari Agoda tapi aku dah tak ingat berapa aku dapat discount. Aku book dari Agoda & aku pilih Twin Room. Aku dengan Feeling memang sukaaaaaaaaaaaaa sangat dengan tempat ni & kitorang puas hati sangat sangat! Wifi laju ya, uollsss! Feeling memang tiap tiap malam sebelum tidur kemain layan Youtube dengan Wifi laju tu hahahaha! Alhamdulillah, staff situ sangatlah peramah & sangatlah membantu kalau kitorang bertanya & minta tolong. Insya Allah, next time ke Langkawi memang aku dengan Feeling akan pilih guest house ni lagi!


Rehat sekejap & dalam lepas Asar kitorang ke Pantai Cenang. FYI, dari guest house ni nak ke Pantai Cenang, kalau naik kereta dalam 5 minit je. Kalau nak jalan kaki boleh, cuma jauh sikit nak kena pusing jalan kaki, mungkin dalam 10-15 minit. Cuma nak ke Kuah jauh sikit dalam 15-20 minit, tak silap aku? 


Ya Allah, bila sampai Pantai Cenang, memang ramai tapi tak sesak. Macam mana nak explain eh? Tak terlalu sesak & walaupun ramai, memang rasa tenang sangat dekat situ. Terasa hilang segala masalah sekejap. Masya Allah. Memang sangat cantik! Aku terus jatuh hati! Dekat kawasan Pantai Cenang ada banyak tempat tempat makan & boleh shopping jugak! Disebabkan sibuk bershopping dengan Feeling, maka tiadalah gambar di kedai kedai yang ada di kawasan Pantai Cenang tu. Hahaha.

Lepas rehat dekat Pantai Cenang, shopping & makan, kitorang pun ke Dataran Helang. Ya, untuk kali kedua! Hahaha, sebab nak tengok macam mana Dataran Helang waktu malam. Masya Allah, memang tenang dekat situ! Malam pun ramai je yang datang dekat Dataran Helang tu. Meriah! Aku ajak Feeling tengok patung helang tu dari dekat. Memang cantik!


Tengah jalan jalan dekat Dataran Helang, Feeling tiba tiba ajak ke Kompleks HIG, kot kot bukak lagi boleh beli coklat (Feeling ni memang penggemar tegar coklat). Aku pun okay sajoooo hahaha. Sampai sana, tak ada rezeki, Kompleks HIG dah tutup. Tapi! Food court dia masih bukak! Hahahaha. FYI, dekat area Kompleks HIG tu ada food court & hotel jugak! Apa lagi, kaki pun melangkah pantas ke food court. Makanan woi! Yahoooooo!

Aku dengan Feeling pun beria bincang nak makan apa. Lepas bincang tu, kitorang pun kata okay jom kita rasa pasembor? Nak makan pasembor pun bincang gaissss hahaha. Ya Allah, inilah nikmat dunia! Alhamdulillah!


Banyakkan? Padahal makan 2 orang je hahahahaha. Lepas makan, mengah. Haaaa itulah balasan orang tamak haloba! Time pilih tak ingat, kemain tamak! Hahahahahaha

Lepas makan, apa lagi? Balik guest house & rehat. Alhamdulillah. Memang ke Langkawi sebenarnya untuk berehat. Pergi sana memang takde plan sangat nak ke mana, memang pakai redah. Waktu tu baru nak google, waktu tu baru tanya orang. Main reason nak ke Langkawi memang nak berehat. Tak plan pun nak ke famous places / restaurants in Langkawi. Kitorang siap beli roti & maggie sebab kot kot lapar ke bila balik guest house.

Alhamdulillah. End of 1st day yang sangat relax & best. I miss you so much, Langkawi! Sangat sangat sangat!

Hari kedua, Island Hopping!

Nota kaki : Doakan saya dimurahkan rezeki untuk ke Langkawi lagi sebab saya rindu sangat dengan Langkawi!


Salam sayang,
nhanimzain

Monday, January 07, 2019

2018 : The End

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Tahun Baru semuaaaaaaaaaaa! 

Yaaaa, setelah 7 hari dalam tahun 2019, barulah aku wish semua orang. Hahaha. Alhamdulillah, diberi peluang & dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T. untuk kita sama sama merasa 2019. Moga Allah permudahkan segala urusan kita tahun ni, insya Allah, mudah mudahan, Aminnnnn.

2018 bukan tahun yang mudah. Terlalu banyak yang jadi, boleh kata terlalu banyak kali aku tersungkur, jatuh teruk, sampai aku biarkan diri aku "terduduk" dekat tempat yang sama dalam tempoh yang sangaaaaaaaat lama. Sampailah aku rasa yang tak sepatutnya aku macam ni. Sampai bila nak macam ni? Aku mula buat "Social Media Detox" (tapi takde la strict sangat sebab kadang kadang aku guna jugak social media sebab nak tengok kalau kalau Raja Sarina / Kak Aida Azlin ada update IG tak hahahaha). Alhamdulillah, memang detox ni ada bagi kesan positif pada aku. Aku lagi tenang, aku ada banyak masa untuk membaca, untuk buat benda benda lain. Alhamdulillah, aku rasa makin okay & Alhamdulillah aku makin happy!

Tapi 2018 pun ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat nikmat yang Allah bagi pada aku. Sampai kadang kadang rasa malu, sebab asyik merungut & bersedih dengan ujian tapi sebenarnya banyak sangat sangat sangat nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah. Aku mula sedar semua ni dalam 2 hari lepas bila aku dengar Along cerita tentang 1 pasangan ni yang Allah uji mereka dengan ujian yang hebat - pasangan tu baru kehilangan anak sulung yang baru je berusia 12 hari.

Along kata, pasangan ni kedua duanya sangaaaaaaat baik orangnya. Baru je timang cahaya mata lelaki, anak pertama & Allah uji dengan anaknya meninggal dunia kerana jangkitan kuman ketika usia arwah baru je mencecah 12 hari tak silap aku. Along ada cerita dekat aku, salah seorang ahli keluarga pasangan tu bertanya,

"Kenapa Allah uji mereka macam ni hebat, kak?"

Dan entah kenapa, hati aku terus bisik, 
"Sebab Allah saaaaaaangat sayangkan diorang"

Dan waktu tu aku macam tersedar. Memang macam bila kau mengantuk & orang tampar kau kuat kuat lepastu kau hilang mengantuk tu, haaaa macam tu la yang aku rasa. Aku mula terfikir sendiri, Ya Allah, selama ni aku merungut macam aku yang paling susah, macam aku yang paling teruk diuji, sedangkan orang lain diuji lagi hebat dari aku & Allah uji sebab Allah sayang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah bagi kesedaran dekat aku. Aku cuba nak bangkit semula, insya Allah. 2019 ni aku tau belum tentu jadi tahun yang baik buat aku hahahaha, tapi aku nak jadikan 2019 ni tahun yang lebih baik, insya Allah. Moga kita semua diberikan kemudahan & kekuatan dari Allah untuk lalui hari hari mendatang, insya Allah, aminnnnn.

Aku mohon doa dari semua orang, tolong doakan kenalan Along yang baru sahaja kehilangan anak sulung diorang. Doakan diorang kuat, doakan Allah permudahkan segala urusan diorang, doakan diorang dibalutkan hati mereka dengan kesyukuran, dengan keredhaan, dengan kesabaran & dengan ketabahan. Aminnnnn. Dan tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk si kecil sayang yang sekarang dah berada di syurga tu ya? Terima kasih semuaaaaa.



Nota kaki : Next entry insya Allah, semuanya tentang Langkawi! 


Salam sayang,
nhanimzain


© nhanimzain
Maira Gall