Sunday, June 13, 2021

#Bulus - Gender Reveal & Birthday Party (Online Vers.)

 Assalamualaikum w.b.t.


5 June 2021 - Gender reveal & birthday party

Disebabkan 1 Jun haritu dah mula MCO 3.0, jadinya #Bulus cuma buat online party je lah, nak jumpa tak boleh, nak buat party buih pun tak boleh. Disebabkan kitorang ada our own party planner in this group (baca : Asilah Balqis), so dia cadangkan untuk buat party through Zoom. 

Zaman canggih ni gais, semuanya online, party pun boleh online. Bukan main heboh ya few days before party tu sebab tak tau nak kena pakai apa semua (padahal online je pun), tapi disebabkan masing masing dah lama tak jumpa (baca : membawang), so semua orang jadi excited. Masing masing next year dah nak 30 ya, tapi perangai masing masing sama ya, ala ala umur baru nak masuk 20.

So, pukul 4 mulanya party kitorang. Sebelum mula party tu pun kecoh jugak, ada yang terlepas info, ingat party start pukul 5, dah start huru hara dalam group, ini belum start party lagi πŸ˜† Haaaaa bila masing masing dah masuk zoom, haaaaa semua nak bercakap ya gaisss, sampai aku pun confuse aku nak dengar siapa bercakap. Mak aku ada dekat belakang pun dah tersengih je dengar kitorang bising bising, tapi disebabkan mak aku pun dah kenal perangai masing masing, dia biarkan je la πŸ˜‚

Mula mula kitorang nyanyikan birthday song untuk Feeling, sebab birthday dia 5 Jun tu. Dah nyanyi separuh lagu, tiba tiba si Najwa diam. Si Balqis pun bising la, kau ni apa ni, nyanyi separuh jalan? Najwa cakap, wehhh tempat aku azan. Dah masing2 semua stop nyanyi, tapi dalam masa yang sama menahan gelak sebab dah 2 kali masuk ni birhday song tak habis habis. Habis je azan, nak sambung nyanyi, lepastu tempat lain pulak azan, so after semua dah settle, barulah sambung nyanyi. Dah 29 tahun dah Feeling. Tahun depan 30 dahhhh hahahaha πŸ˜†

Lepastu, kitorang sambung dengan gender reveal party pulak. Aku dengan Pajen pakai baju pink, sebab kitorang teka baby girl. Najwa, Balqis & Feeling pakai baju biru, siap Najwa kemain pakai topi kau nak tunjuk dia teka baby boy. Sekali Ummi tunjuk gambar baju baby girl, apa lagi bersorak la aku dengan Pajen. Nampaknya, anak anak buah aku dalam #Bulus ni semuanya girls. Mungkin nanti kena tunggu Balqis kahwin, boleh dapat baby boy. Aku amin kan jeeee πŸ˜‚

And maaaaaaaaaaaaany thanks to Balqis, sebab belanja kitorang Tealive & Starbucks untuk party petang tu. Bukan main seronok ya masing masing pilih. Kebetulan Tealive tempat aku problem, dekat Foodpanda tulis dah tutup, so Balqis bagilah aku pilih Starbucks, sama macam Najwa & Feeling. So, apa lagi? Yahoo yahoo laaaaaa πŸ’ƒ

Alhamdulillah, even ada kekangan nak jumpa, still, kitorang boleh celebrate sama sama through Zoom. Memang sedih sikit, tapi sekurang kurangnya kitorang still boleh celebrate sama sama & follow SOP (gituhhhh).

Okaylah, kita jumpa next entry. Jaga diri semua, jaga SOP. Jangan keluar kalau tak ada urusan penting, kalau kena keluar jugak, follow SOP okay? Aku doakan moga semua selamat dari covid ni. Kuatkan semangat semua! Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Aminnnn!

salam sayang,

nhanimzain

Saturday, January 23, 2021

#BULUS - Lexis Hibiscus, Port Dickson

 Assalamualaikum w.b.t.

Petang-petang macam ni, tiba-tiba rasa rindu sangat dengan #BuluBuluKehidupan. Ya, nama group aku adalah Bulu-Bulu Kehidupan or shortform dia adalah #Bulus πŸ˜† Kenapa #Bulus? Biarlah rahsia πŸ˜†

Bila tengok gambar-gambar waktu trip dengan #Bulus dekat Lexis Hibiscus, rasa macam baru je jumpa dengan #Bulus tapi rupa-rupanya dah setahun dah kitorang punya trip tu. Aku ingat lagi, waktu kereta aku masuk je entrance Lexis tu, aku jerit sekuat hati, excited sangat dah sampai situ & sebab tak sabar sangat sangat untuk our 1st group trip! Sampai Feeling marah la, dah kenapa tiba-tiba menjerit kuat macam tu? 


2 hari 1 malam je dekat Lexis, tapi Alhamdulillah memang best sangat sangat! Malam tu kitorang buat surprise party untuk Ummi, bridal shower la kiranya sebab time tu Ummi lagi sebulan macam tu nak kahwin. Malam tu kitorang mandi pool ramai-ramai lepastu menggelupur masuk mini sauna yang ada tepi pool, sebab sejuk πŸ˜† Rumah tak ada sauna, itu yang masing masing excited tu bila ada mini sauna.

Pagi esoknya, tengah aku tidur, aku dengar bunyi orang mengemas & bergerak sana sini. Rupa-rupanya Fazreen, tengah bersiap nak mandi pool. Aku macam... kau serius ke nak mandi pagi-pagi ni? Dia angguk then aku nampak dia terus masuk pool. Aku speechless. Tak lama lepastu aku join sekali dengan Feeling, haaa menggelupur sejuk πŸ˜‚


Waktu nak balik, kitorang singgah Restoran Nelayan, sebab diorang nak lunch dulu sebelum balik. Dalam hati memang rasa sedih, sebab tahu, entah bila lagi kitorang dapat berkumpul macam ni. Dan aku rasa hampir setahun jugak tak jumpa diorang sebab Covid. Balqis aku ada jumpa jugak sebab dia pun kerja KL, so sekali sekala ada jumpa. Setiap kali teringat diorang setiap kali itulah aku doa mohon Allah lindung diorang & keluarga dekat mana pun diorang berada.

Kalau ada sesiapa yang plan nak pergi ke Lexis Hibiscus lepas Covid ni reda, pergilah dengan keluarga, kawan-kawan or orang-orang tersayang (gituhhh). Tempat ni sesuai untuk berehat, tenangkan diri lepas penat bekerja. Sebab tenang sangat & best bila dapat berehat dekat situ. Aku tak sempat nak jalan-jalan keliling Lexis sebab kitorang banyak habiskan masa dalam bilik untuk tukar-tukar cerita antara satu sama lain, sebab lama tak jumpa.

Sekarang kita tengah PKP, moga semua urusan korang Allah permudahkan. Jaga diri ya, semua? Mask pakai betul-betul, hand sanitizer pakai, sentiasa basuh tangan. Dan moga Allah kurniakan kita ketabahan & kekuatan dalam kita lalui ujian ni. 


Nota kaki : Kuatkan semangat, semua!


Salam sayang,

nhanimzain

Sunday, November 22, 2020

Hidup Sebelum Covid.

     Assalamualaikum w.b.t.

Semua sihat ke? 

Tiba tiba malam ni teringat trip last year dengan group #BuluBuluKehidupan. Just pergi Lexis Hibiscus, Port Dickson. Tak silap aku, waktu tu almost 2 years kot kitorang tak jumpa. Mula mula aku ingat aku tak join la trip tu, sebab time diorang plan tu, aku belum dapat peluang kerja waktu tu. Tapi baiknya Allah pada aku, Dia kirimkan aku kawan kawan yang baik, so kawan kawan aku ni kata datang je la, diorang dahulukan duit, bila bila duit dah cukup bayar, kalau tak, bila bila bayar pun tak apa. Janji datang, sebab diorang kata lama sangat dah kita tak jumpa. 

Aku waktu tu rasa sebak sangat, sebab aku rasa bersyukur gila gila Allah jumpakan aku kawan kawan yang baik macam diorang, walaupun aku ni bukannya kawan yang baik pun. Moga Allah limpahkan diorang dengan rezeki yang tak pernah putus dan moga Allah lindungi diorang dekat mana pun diorang berada. Aminnnnnnnnn.

Tapi itulahkan, kalau dah namanya rezeki. Sebulan sebelum tarikh nak ke Lexis Hibiscus tu, Allah kurniakan aku rezeki kerja. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat sangat. Ke Lexis Hibiscus hari Sabtu (aku lupa tarikh hahahaha), Jumaat tu sempat lagi dengan Feeling pergi jumpa Reen untuk makan makan (baca : membawang) & karaoke. Sampai rumah dekat Senawang dekat pukul 12am jugak, Reen yang hantar. Mama mampu geleng kepala je sebab dia tau aku ni kalau dah jumpa kawan kawan macam lupa jalan balik rumah πŸ˜†

Reen tau aku dengan Feeling craving Mr Dakgalbi, so dia bawak kitorang ke Korean Restaurant yang lebih kurang Mr Dakgalbi, tapi macam biasalah, aku lupa nama restaurant tu sebab time tu lapar gila gila sebab baru lepas kerja. Punyalah riuh kitorang dalam restaurant tu, padahal bertiga je pun. Teringat waktu kitorang roommates dekat Shah Alam. Rindunya waktu tu! Share makan nasi lemak makcik bawah flat tu, yang sedap gila nasi lemak dia tu. Rindunya lahai zaman belajar.

Next time la story pasal trip ke Lexis Hibiscus tu dengan #BuluBuluKehidupan. Nak tidur awal. Konon! Ohhh btw Alhamdulillah, aku dapat join balik office lama. Dipanggil untuk masuk kerja balik. Alhamdulillah. Dari bulan 7 haritu dah masuk kerja balik. Doakan urusan aku dipermudahkan, okay korang?


Nota kaki : Bila tengok gambar gambar lama, rindunya waktu Covid ni belum muncul.  

Salam sayang,

nhanimzain

Monday, June 08, 2020

Ujian untuk Kita

Assalamualaikum w.b.t.


Lama tak menaip. Almost 1 year jugak. Allahu. Rindu. Tapi bila jari mula menaip, laju jugaklah jari tekan delete. 

Tahun ni, tahun ujian hebat untuk semua orang. Datangnya Covid-19 sebagai ujian, bukan cuma untuk aku tapi untuk semua orang. Aku diuji dengan hilangnya pendapatan. Got my termination letter on 13th April. I cried so hard. After 2 days, Alhamdulillah, semangat datang semula. Dengan izin Allah, dengan kata kata semangat dari kawan kawan. Alhamdulillah. Datangnya ujian, Allah beri nikmat yang lain. Pelbagai nikmat lain! Alhamdulillah! Masih mencari pekerjaan, moga Allah permudahkan. Amin.

Untuk mereka mereka yang lain, yang terkesan dengan ujian ini, moga Allah bukakan seluas luasnya pintu rezeki & Allah limpahkan rezeki yang tidak putus buat kalian. Perit, pedih, tapi percayalah, Allah selitkan hikmah. Kita boleh lalui semua ni, insya Allah! Jangan diizinkan hati untuk putus asa, jangan dibenarkan jiwa untuk menangis hiba. Allah pilih kita untuk ujian ini bersebab & sebab itu semestinya untuk kebaikan kita juga. Kuatkan semangat!

Dan baru diumumkan, yang PKPB bakal berakhir 9 Jun 2020 & digantikan dengan PKPP ( Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ). Dah dibenarkan untuk rentas negeri, kecuali ke kawasan PKPD. Alhamdulillah. Kawan kawan aku yang mana dah lama tak jumpa family tu, semua excited sangat sangat nak balik kampung, including my mom πŸ˜† 

Hati hati untuk semua yang nak balik this weekend! Rancang perjalanan baik baik, hati hati di jalan raya. Aku tau tak sabar nak sampai kampung, tapi hati hati ya driving tu? Jangan drive laju sangat, hati hati. Ingat, #KitaJagaKita!



Nota Kaki : Jaga diri semua! #KitaJagaKita


Salam sayang,
nhanimzain

Sunday, August 18, 2019

Boba Milk Coffee!

Assalamualaikum w.b.t.


Boba Milk Coffee by Pisang Addict Senawang



Bagi aku, Boba Milk Coffee ni agak manis. Mungkin sebab aku tak berapa kuat makan/minum benda benda manis so sebab tu aku tak berapa tahan manis air ni. Aku ada tambah air masak sikit sebab nak kurangkan rasa manis tu. Tapi, mungkin salah aku jugak sebab aku tak bagitau nak kurang manis so maybe diorang boleh kurangkan apa yang patut. Tapi, definitely I will buy this drink again! Bagi aku, coffee dia sedap! So, aku memang akan beli lagi! Dah jadi one of my favourite drinks! Just kalau beli lagi, aku nak mintak kurangkan manis sikit. Tapi lepasni, mungkin nak rasa Boba Milk Tea dia pulak sebab haritu tak ada rezeki nak rasa.

Pisang Addict Senawang ni ada jual Pisang Cheese jugak tau? Macam macam flavour. Selalu kalau nak beli pisang cheese, memang dekat Pisang Addict Senawang ni je. Anak buah aku, Danish memang suka sangattttt Pisang Cheese Chocolate dekat sini. Selain pisang cheese, diorang ada jual makanan lain jugak. So, korang boleh click je link dekat bawah ni untuk tengok apa yang ada dekat kedai diorang :

Pisang Addict Senawang
Pisang Addict Senawang - Facebook
Pisang Addict Senawang - Instagram


Nota kaki : Ini bukan paid review okayyyy? Lagipun, Hani bukan sesiapa pun nak buat paid review hahahaha πŸ˜† Kalau tempat tu jual makanan / minuman yang sedap & best, Hani memang akan share!

Salam sayang,
nhanimzain

Friday, August 02, 2019

Re-Start.

Assalamualaikum w.b.t.



Ada sekali dulu, aku menangis dari KTM KL Sentral sampai KTM Nilai. Air mata tak berhenti turun walaupun aku cuba berhenti menangis (sebab public area kan, dalam train lagi). Tapi memang tak boleh. Dalam train tu, Alhamdulillah, tak ramai pun. Mungkin sebab weekdays, dalam pukul 10 pagi, so tak ada orang nak ke Seremban. Dalam ladies coach cuma ada aku & 2 orang foreigners. Yup, 2 foreigners tu cuma mampu pandang aku & maybe takut nak tegur aku (dah menangis macam hape expect orang tegur πŸ˜†).

Sebenarnya pagi tu, aku pergi kerja macam biasa but because of some reason, aku tak jadi masuk office. Aku breakdown dekat Pasar Seni. Teruk. Aku mesej Feeling, sambil menangis dekat LRT station. Feeling suruh aku balik Senawang waktu tu jugak, tak perlu masuk office. Aku dengar cakap Feeling, aku bagitau manager aku tak dapat masuk office. Masuk train, lagi teruk aku menangis. Tak berhenti. Aku tau aku breakdown teruk waktu tu dan aku tau I am not in a good condition. 

3 tahun kebelakangan ni memang aku cakap, terlalu banyak benda jadi sampai aku jadi lost. Selalu termenung, kadang kadang tak ada sebab tengah termenung boleh menangis sendiri, emosi macam roller coaster, sekejap marah sekejap happy, berkurung dalam bilik, tak terasa nak bercakap dengan orang pun. Bila keluar jumpa orang, okay je happy gelak gelak, balik rumah sebelum tidur menangis. Tak bersebab. So, aku tau, ada yang tak kena dengan aku. Feeling suruh pergi check, tapi macam biasa manusia degil macam aku memang tak ke klinik. Aku cuba cari cara macam mana nak ubah diri aku. Sebab aku rasa yang aku cuma stress & aku kena cari cara untuk "baiki" hati aku sendiri.

1. Surah Al Waqiah

Sebelum mula aku amalkan, aku tengok terlaluuuuuuuuu ramai orang share tentang kebaikan mengamalkan surah Al Waqiah ni. Dekat FB, IG, Twitter, Blog. Rasa pelik jugak, kenapa macam tiba tiba surah ni disebut sebut. Aku mula amalkan, waktu tu niat 'terlari' sikit, nak rezeki yang tak putus putus, nak rezeki sentiasa ada (dalam maksud lain taknak susah πŸ˜‘). Tengoklah perangai aku ni, so korang jangan ikut okayyyy. Lepas few days, aku rasa tak sedap hati & aku 'tambahkan' satu niat lagi. Aku baca surah ni sebagai salah satu cara untuk rasa syukur atas setiap rezeki yang Allah beri pada aku. 

Aku amalkan baca setiap kali lepas solat Subuh & Maghrib. Kadang kadang kalau tak dapat selepas Subuh/Maghrib, bila bila lepas solat aku bacalah. Aku akan cuba untuk baca, sekali sehari pun jadilah. Rezeki datang pelbagai cara kan gaissss? Untuk aku, rezekinya bila Allah KURANGKAN RASA SEDIH yang aku rasa untuk 3 tahun ni.

Yup. Rasa sedih, rasa down; berkurang. Kalau aku cakap hilang terus, tipulah kan nama pun manusia, perempuan lagi, dah sah sah kadang kadang emosi tak stabil HAHAHAHAHA πŸ˜† Tapi memang aku tau, memang banyakkkk kurang. Kalau sedih pun, sekejap je rasa tu. Memang sekejap & nanti rasa sedih tu macam hilang perlahan lahan. Kalau dulu, boleh sampai 2 hari rasa sedih tu. Ini tak. Boleh rasa, yang rasa sedih dalam hati tu, memang hilang sikit demi sikit & lepastu okay! Kadang kadang bila tiba tiba rasa sedih melampau/down, memang aku akan baca/dengar surah Al Waqiah ni sambil dalam hati doa moga Allah ambil kesedihan ni & tak izinkan aku sedih berlebih lebihan.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bagi aku, bila bahagia itu pun satu rezeki. Mungkin bagi sesetengah orang rasa, bahagia tu bukannya apa apa. Tapi, bagi orang macam aku, bahagia tu penting. Sebab bahagia yang kita ada tu, kita kongsi bahagia tu dengan orang & boleh buat orang lain bahagia sekali. Kalau kita sendiri tak ada rasa bahagia, macam mana kita nak berkongsi bahagia tu?

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, I am feeling much better now. Ada lagi beberapa tips lain yang aku cuba buat jugak, insya Allah nantilah aku share lagi. Moga Allah permudahkan urusan semuaaaaa orang! Amin!


Nota kaki : Doakan bff Hani, Feeling & family dikurniakan kesihatan yang baik sebab sekarang dia dekat Mekah untuk menunaikan Haji!

Salam sayang,
nhanimzain

Friday, July 12, 2019

Salah satu doa.

Assalamualaikum w.b.t.


" Boleh tak kalau Hani nak mintak, Ya Allah, untuk sekelumit rasa benci pada mereka mereka yang sakitkan hati Hani?"

Dulu. Ini yang aku pernah mohon dulu. Untuk ada rasa benci, walaupun sedikit, pada mereka mereka yang pernah sakitkan hati aku. Sebabnya, walau teruk macam mana sekalipun hati aku diorang sakitkan, entah kenapa aku tak mampu nak membenci. Tak mampu. 

Rasa sayang masih ada.

Jujur aku cakap, bukan aku tak cuba nak membenci. Tapi, sungguhlah, kalau Allah tak izin, memang takkan mampu. Bukan sekali dua aku mohon, tapi masih, tak mampu nak membenci. Masa berlalu, kalau kadang aku teringat, doa aku kirim, pengganti rindu. Doa tak pernah putus. Pernah aku cerita pada Feeling / Wan, kadang kadang dimarah jugak. Sebab katanya aku ni terlalu baik. Masih boleh melayan dengan baik walaupun orang dah buat macam macam. Tapi, aku sendiri tak tahu kenapa, aku tak mampu nak membenci. Aku sendiri tak faham.

Aku sendiri, sebagai manusia, terlalu banyak dosa aku, pada Allah & pada mereka mereka yang kenal aku secara berdepan / secara maya. Jadi, aku nak ambil kesempatan ni, untuk mohon maaf, untuk semuaaaa salah silap aku, tak kira dari segi perbuatan atau kata kata, sekiranya ada yang melukakan hati sesiapa sepanjang kita kenal, selama kita berhubungan. Maafkan aku.

Moga Allah balutkan hati hati kita dengan kasih sayang & cinta, insya Allah, untuk selama lamanya & moga Allah letakkan semua dalam perlindungan-Nya.

Dan untuk Dena, Hani tak taulah kalau Dena baca atau tak entry ni (πŸ˜†), tapi terima kasih untuk thread yang Dena buat dekat Twitter ni. This helps me a lot.



Nota kaki : Congratulation to my dearest A306 sister, Nuss Rahman for your solemnization today & happy birthday too! May Allah bless you with eternal happiness & I will always love youuuuuu! 

Salam sayang,
nhanimzain

Monday, June 10, 2019

Drama / Telemovie : Pia

Assalamualaikum w.b.t.


" Perlu ke awak cemburu Zafran? Sedangkan hati awak tu berbelah bahagi sampai tak ada ruang langsung untuk saya!" - Pia

One of my favourite dialogues in Derita Pia. Bila aku dengar dialog ni dalam telemovie Derita Pia, entah kenapa aku rasa hati aku macam berkecai. Terus berair mata. Rasa sakit hati yang tak mampu aku nak cakap. Allah. Sebaknya. Kalau kita dekat tempat Pia, macam mana agaknya?

Jarang aku dengan mama layan drama melayu. Last drama melayu yang betul betul kitorang follow, drama Lelaki Kiriman Tuhan. Ini memang favourite aku dengan mama. Sebab dalam drama ni, ada nasihat & pengajaran yang kita boleh ambil. Bukan drama kosong. 

Drama Pia ni aku dengan mama follow dari episod 6, terus sangkut sampai la keluar telemovie Derita Pia masa raya ketiga. Siap marathon drama Pia episod 1-5 dengan mama lepas tengok drama Pia episod 6 tu. Recommended! Drama Pia & telemovie Derita Pia memang best! Siapa yang tak tengok lagi, boleh pergi tengok okay? Siapa yang nak tengok drama & telemovie Pia boleh ke Youtube Channel TV3MALAYSIA Official / Drama Sangat Official . Click je dekat link ni, nanti terus ke youtube channel diorang. Okay?

Sinopsis (dari apa yang aku tengok hahaha) :

Pia ada adik istimewa, namanya Budi. Pia dengan Budi ni jadi anak yatim piatu waktu diorang masih kanak kanak lagi. Sebab apa parents diorang meninggal? Kenalah tengok drama Pia tu hahaha. So, Pia & Budi ni dijaga oleh Paklong & Maklong Pia. Paklong Pia ni ajar mengaji dekat surau. Zafran, Zeti (adik Zafran), Pia, Budi & Jibon belajar mengaji dengan Paklong Pia ni. Dari kecik, Zafran & Pia ni macam dah suka 1 sama lain. Diorang pun berkawan sampailah besar & 1 hari Zafran dapat tawaran sambung belajar ke overseas. Zafran pesan suruh Pia tunggu dia balik sebab dia nak kahwin dengan Pia. Mula mula hantar surat/poskad kat Pia, lama lama hilang begitu sajaaaaaa πŸ˜’. Sampailah Zafran balik Malaysia, rupa rupanya dia dah ada orang lain, nama dia Qis. Frust la Pia, apa lagi. Tapi sebab ada jadi something, Zafran tak dapat nak teruskan hubungan dia dengan Qis. Jadi, Zafran gunakan Pia ni sebagai 'tempat' untuk lupakan Qis. Dia ajak Pia kahwin. Sebelum kahwin janji macam macam ye gaisssss? Nak jaga Budi sama sama, itulah inilah. Pia pun ingat Zafran tu memang ikhlas & baik. Lepas kahwin, haaaaaaaaa boooom! Keluar perangai sebenar Zafran!

Nak tau apa jadi, haaaa pergilah tengok drama Pia tu. Best, serius (bagi pendapat aku la). Habis tengok drama baru sambung tengok telemovie Derita Pia. Aku ni jarang sikit nak sebak bagai tengok drama/movie, tapi telemovie Derita Pia tu haaaa macam apa entah aku menangis teresak gitu. Hahahahaha πŸ˜‚ 

Selamat menonton semua! Moga ada pengajaran yang boleh kita ambil dari drama/telemovie Pia ni.


Nota kaki : Selamat hari raya aidilfitri semuaaaa! Maaf zahir batin!

Salam sayang,
nhanimzain
© nhanimzain
Maira Gall