S.A.M.A.
Posted on Saturday, May 14, 2016 at 23:33

Assalamualaikum w.b.t.

Ruang tawar hati makin luas. Aku takut kalau-kalau satu hari nanti tawar hati yang sedia ada ni makin makan ruang sayang. Sungguhlah, kau memang dah berubah. Dan aku pun makin berubah, berubah jadi orang asing untuk kau.

Kata mama, dia memang dah lama perasan, tapi dia biarkan aku sendiri uruskan. Mungkin memang silap aku, suka perhati & tegurnya kemudian. Mungkin memang silap aku lagi, tak setanding dengan kau yang dah mula mendaki tapi aku masih lagi bertatih di bumi. Masih tak sedar diri, aku anggap kau sahabat sejati sampai mati. Heh. Entah bila aku nak sedar diri. 

Orang cuma guna kau untuk kepentingan diri diorang, Hani.

Terpulang.
Posted on Saturday, February 13, 2016 at 14:58

Assalamualaikum w.b.t.

" Running Man tu entah apa apa. Korean Drama pun. Merepek. Entah apa yang kau suka tengok sangat."

" Merepek la kau ni. Suka tengok movies yang entah pape. Filem Tamil la, filem Cina la semua kau nak tengok. Entah apa apa yang kau tengok."

Bila aku jumpa orang macam ni, aku terus tutup mulut. Malas aku nak layan. Kalau explain panjang lebar sampai 5-6 helai kertas A4 pun tak guna. Sebab ni jenis bila tengok variety shows / drama / movies jenis main tengok je, berfikirnya tidak. Siap ada tu cakap aku ni suka tengok cerita cerita bodoh. Hanya disebabkan aku layan Running Man & Korean Dramas. Dia tak tau aku ni jenis cerita Tamil ke, Cina ke, Thailand ke, Filipina ke, semua aku sapu tengok. Takde masalah pun. Kalau aku rasa cerita tu tak okay, so aku tak tengok. Apa susah.

Hmmm. Macam ni la. Tengok secara kasar, tak ada cerita pun yang tak bodoh. Tak kira la drama ke, movies ke, variety shows ke. Mesti ada certain part yang bodoh. Tak semua cerita tu perfect sampai ke ending. Tapi terpulang dekat kita la nak ambik part yang bodoh tu ke atau nak ambik part yang "pandai" untuk kita kutip input / pengajaran. Terpulang pada indvidu.

Aku memang suka layan movies / drama yang berat sikit. Yang jenis boleh buat aku berfikir & bagi aku pengajaran. Tengok movies / drama / variety shows bukan setakat tengok kosong. Tengok cara diorang, cara berfikir, bahasa, macam mana environment dekat negara orang, adat, budaya, macam mana diorang perkenalkan negara diorang dekat dunia & macam macam lagi. Belajar semua tu. Aku bukan tengok drama kosong. Yang drama cintan cintun sekarang memang jarang gila aku tengok dah. Zaman sekolah dulu nak berangan berangan tengok Korean drama cintan cintun tu boleh la. Sebab sekarang mostly Korean drama yang cintan cintun ni jenis tak boleh diterima dek akal aku. So aku tak tengok, senang. Jenis drama thriller / mystery / horror / action tu aku layan sekarang. 

Macam semalam aku layan filem Puteri Gunung Ledang. Orang lain berzaman tengok, aku baru nak layan semalam. Aku suka bahasa yang diorang gunakan dalam filem tu. Ala ala bahasa melayu klasik kalau tak silap aku. Filem Tamil pun aku layan. Yang latest Tamil movie Amanda bagitau aku sekarang, Aranmanai 2. Amanda kata best tapi aku tak dapat nak tengok sebab takde siapa nak teman. Hmmm. Sabar je la.

Tengok movies / drama / variety shows, jangan sekadar tengok. Perhati. Fikir. Cuba belajar / ambik input mana yang boleh. Kadang kadang tengok filem tu macam filem kosong, tapi bila kau fikir fikir balik sebenarnya filem tu ada mesej dia tersendiri. Terpulang pada individu la nak tengok movies / drama apa. Mungkin dekat kau, kau tak nampak / dapat apa apa input pun. Mungkin dekat individu lain ada input yang dia dapat siapa tau.

p/s : sorry la terpaksa guna word " bodoh ". dah tau tau nak ganti dengan apa dah. heh.

Jarak.
Posted on Sunday, December 27, 2015 at 00:28

Assalamualaikum w.b.t.

Rindu. Jarak kita makin lebar. Kita pun makin jauh. Kenangan & memori makin luas. Nasib baik mesin masa tak wujud. Kalau tak, aku lah pelanggan tetap, tiap-tiap hari minta dihantar pulang ke masa lampau. 

Penghubung aku dengan masa lampau, cuma doa. 


----------------

Maaf. Aku cuma rindu. Rindu pada semua. 

Silenced.
Posted on Monday, June 29, 2015 at 01:29

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan. 
Apa baru nak wish ni Hani oiii.


Credit to : https://dramaswhoo.files.wordpress.com/2013/03/silenced-the-crucible-korean-film-movie.jpg

Tergerak hati nak menaip sebab baru lepas habis tengok Korean movie, Silenced / The Crucible. Aku sebenarnya memang dah lamaaaaaa sangat nak tengok movie ni tapi tak pernah dapat disebabkan macam macam hal. Salah satunya sebab internet yang laju ( read : macam siput ). Tapi, Alhamdulillah, dapat jugak tengok movie ni dekat TV9 tadi.

Sepanjang aku tengok movie ni, aku jadi takut, jadi speechless. Jadi takut dengan perangai manusia yang seakan akan hilang akal disebabkan nafsu dan duit. Allah. Macam mana la nasib & keadaan kanak kanak yang merupakan mangsa sebenar. Macam mana diorang lalui semua ni. 

Ya, movie ni based on a true story. Aku dah tau lama pasal kes ni & sebab tu aku nak tengok sangat movie ni. Memang betul kata Kak Ayu. Remuk hati bila tengok movie ni. Remuk hati dengan perangai manusia yang entah apa apa. Sepatutnya kanak kanak tu dilindungi, disayangi. Tapi, sayang. Semuanya hilang. Semuanya kerana nafsu. 

Dan bila Kak Ayu kata pasal dunia realiti, aku diam sendiri. Sebab, dunia sekarang, memang ini realitinya.

Hani, ingatlah satu perkara ni. Kita ni manusia, memang tak pernah ada apa apa pun yang jadi milik kita. Semuanya pinjaman. Aku ulang, semuanya. Jadi, sentiasa bersyukur. Apa yang orang buat pada kau, Hani, jangan pernah balas. Biarkan & jangan buat pada orang lain. Balas dengan doa yang baik baik. Cukup. Sebab kita manusia. Menghukum & menilai bukan tugas kita, itu tugas Allah. 

Mohon kalau ada masa, tengoklah movie ni. Movie yang bagus, serius. 


Masa Depan
Posted on Monday, January 26, 2015 at 23:22

Assalamualaikum w.b.t.

Aku cuba untuk usaha. Kalau Allah izinkan, jumpalah kita. Mungkin sampai akhir hayat ini cuma tinggal angan angan tapi sekurang kurangnya aku cuba.

Kalau tak, biar cuma jadi mimpi aku.

Yang Pertama.
Posted on Tuesday, October 07, 2014 at 22:15

Assalamualaikum w.b.t.

1 November 2007.
Hari pertama blog ni muncul. Sampai 2014, ada lebih kurang 500+ entries. Dan harini aku buat keputusan untuk padam semua.

Ya, bukan senang. Pahit, terkilan, kecewa - semua ada.

Tapi setiap entry yang ada dalam blog ni buat aku asyik pandang belakang. Pandang kenangan yang aku nak lari. Aku rasa cukup cukuplah pandang belakang. 

Selamat lahir semula, blog!





TOP▲
© 2008-2016 nhanimzain.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.