Sunday, November 22, 2020

Hidup Sebelum Covid.

     Assalamualaikum w.b.t.

Semua sihat ke? 

Tiba tiba malam ni teringat trip last year dengan group #BuluBuluKehidupan. Just pergi Lexis Hibiscus, Port Dickson. Tak silap aku, waktu tu almost 2 years kot kitorang tak jumpa. Mula mula aku ingat aku tak join la trip tu, sebab time diorang plan tu, aku belum dapat peluang kerja waktu tu. Tapi baiknya Allah pada aku, Dia kirimkan aku kawan kawan yang baik, so kawan kawan aku ni kata datang je la, diorang dahulukan duit, bila bila duit dah cukup bayar, kalau tak, bila bila bayar pun tak apa. Janji datang, sebab diorang kata lama sangat dah kita tak jumpa. 

Aku waktu tu rasa sebak sangat, sebab aku rasa bersyukur gila gila Allah jumpakan aku kawan kawan yang baik macam diorang, walaupun aku ni bukannya kawan yang baik pun. Moga Allah limpahkan diorang dengan rezeki yang tak pernah putus dan moga Allah lindungi diorang dekat mana pun diorang berada. Aminnnnnnnnn.

Tapi itulahkan, kalau dah namanya rezeki. Sebulan sebelum tarikh nak ke Lexis Hibiscus tu, Allah kurniakan aku rezeki kerja. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat sangat. Ke Lexis Hibiscus hari Sabtu (aku lupa tarikh hahahaha), Jumaat tu sempat lagi dengan Feeling pergi jumpa Reen untuk makan makan (baca : membawang) & karaoke. Sampai rumah dekat Senawang dekat pukul 12am jugak, Reen yang hantar. Mama mampu geleng kepala je sebab dia tau aku ni kalau dah jumpa kawan kawan macam lupa jalan balik rumah 😆

Reen tau aku dengan Feeling craving Mr Dakgalbi, so dia bawak kitorang ke Korean Restaurant yang lebih kurang Mr Dakgalbi, tapi macam biasalah, aku lupa nama restaurant tu sebab time tu lapar gila gila sebab baru lepas kerja. Punyalah riuh kitorang dalam restaurant tu, padahal bertiga je pun. Teringat waktu kitorang roommates dekat Shah Alam. Rindunya waktu tu! Share makan nasi lemak makcik bawah flat tu, yang sedap gila nasi lemak dia tu. Rindunya lahai zaman belajar.

Next time la story pasal trip ke Lexis Hibiscus tu dengan #BuluBuluKehidupan. Nak tidur awal. Konon! Ohhh btw Alhamdulillah, aku dapat join balik office lama. Dipanggil untuk masuk kerja balik. Alhamdulillah. Dari bulan 7 haritu dah masuk kerja balik. Doakan urusan aku dipermudahkan, okay korang?


Nota kaki : Bila tengok gambar gambar lama, rindunya waktu Covid ni belum muncul.  

Salam sayang,

nhanimzain

Monday, June 08, 2020

Ujian untuk Kita

Assalamualaikum w.b.t.


Lama tak menaip. Almost 1 year jugak. Allahu. Rindu. Tapi bila jari mula menaip, laju jugaklah jari tekan delete. 

Tahun ni, tahun ujian hebat untuk semua orang. Datangnya Covid-19 sebagai ujian, bukan cuma untuk aku tapi untuk semua orang. Aku diuji dengan hilangnya pendapatan. Got my termination letter on 13th April. I cried so hard. After 2 days, Alhamdulillah, semangat datang semula. Dengan izin Allah, dengan kata kata semangat dari kawan kawan. Alhamdulillah. Datangnya ujian, Allah beri nikmat yang lain. Pelbagai nikmat lain! Alhamdulillah! Masih mencari pekerjaan, moga Allah permudahkan. Amin.

Untuk mereka mereka yang lain, yang terkesan dengan ujian ini, moga Allah bukakan seluas luasnya pintu rezeki & Allah limpahkan rezeki yang tidak putus buat kalian. Perit, pedih, tapi percayalah, Allah selitkan hikmah. Kita boleh lalui semua ni, insya Allah! Jangan diizinkan hati untuk putus asa, jangan dibenarkan jiwa untuk menangis hiba. Allah pilih kita untuk ujian ini bersebab & sebab itu semestinya untuk kebaikan kita juga. Kuatkan semangat!

Dan baru diumumkan, yang PKPB bakal berakhir 9 Jun 2020 & digantikan dengan PKPP ( Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ). Dah dibenarkan untuk rentas negeri, kecuali ke kawasan PKPD. Alhamdulillah. Kawan kawan aku yang mana dah lama tak jumpa family tu, semua excited sangat sangat nak balik kampung, including my mom 😆 

Hati hati untuk semua yang nak balik this weekend! Rancang perjalanan baik baik, hati hati di jalan raya. Aku tau tak sabar nak sampai kampung, tapi hati hati ya driving tu? Jangan drive laju sangat, hati hati. Ingat, #KitaJagaKita!



Nota Kaki : Jaga diri semua! #KitaJagaKita


Salam sayang,
nhanimzain
© nhanimzain
Maira Gall