Thursday, February 21, 2019

Soalan.

Assalamualaikum w.b.t.

" Awak bila lagi?"

Soalan yang biasa orang-orang belum berkahwin dapat. Setiap orang berbeza jawapan. Macam aku, selalunya kalau tak ada mood nak jawab soalan, aku cuma senyum. Kalau ada mood nak jawab soalan, "jodoh sesat lagi" (bergurau). Dan biasalah, bila aku jawab macam tu, tak mak aku jeling ataupun makcik makcik aku mula membebel. Selalunya, bila diorang membebel aku cuma tergelak. Sebab aku tau, diorang sebenarnya risau. Risau kalau tak ada siapa nak jaga aku nanti. Sabar semua. Hani baru 27, ada banyak benda tak selesai lagi 😆

Dulu, aku marah bila orang tanya soalan tentang kahwin ni. Sebab bagi aku, ini hal peribadi. Hal hidup orang. Kenapa nak sibuk hal hidup orang lain? 1 hari, aku terbaca di Twitter,

" Mereka cuma nak ajak bersembang. Jawab elok-elok, dengan hemah & adab. Mohon mereka doakan."

Terus rasa kena sepak 10 kali dekat muka. Apa susah sangat nak husnudzon Hani oii? Sejak dari tu, aku cuba nak bersangka baik. Kalau aku rasa aku tak tau nak jawab apa, aku cuma senyum sahaja dan nanti orang-orang berkenaan akan doakan aku. Alhamdulillah! Itu yang penting sebenarnya. Doa dari orang lain untuk kita! 

Jawab elok-elok, mohon diorang doakan. Kadang-kadang, niat diorang cuma nak bertanya & ajak berbual. Kalau ada yang tersindir kita tu, tutup telinga & cuba untuk jawab elok-elok. Okay? Faham, ada yang tak selesa bila orang bertanya tentang hal kahwin. Tapi, biasalah, manusia. Sifat ingin tahu tu tinggi. Bila jumpa orang-orang macam tu, ingat ni je :

Credit to : Pinterest
Bagi aku, aku memang belum sedia nak berkahwin. Aku rasa, aku belum layak nak berkahwin. Setiap kali tengok kawan kawan dengan suami & anak masing masing, memang rasa seronok sangat! Tapi bila muhasabah diri (gitewww), rasa macam sangat sangat la tak ready nak berkahwin. Mungkin sebab aku belum ready nak tambah tanggungjawab.

Berkahwin ni umpama 2 tali yang kau ikat jadi 1 tali, kau ikat mati 2 tali ni & kau harap sampai bila bila tali ni akan bertahan, tak kiralah hujan badai ribut cuba goncang & putuskan tali, yang diharap tali tu terus bertahan. Dan tali yang dah menjadi 1 ni, akan jadi tempat bertahan bukan untuk seorang, lebih. Tali yang 2 tadi dah jadi 1, maknanya apa apa yang jadi, kita akan nampak cuma 1 tali, bukan 2 dah. Tali semakin panjang, maka makin panjanglah tanggungjawab kita nak menjaga semua yang ada tersangkut / terikat pada tali tu.

Perkahwinan ni bagi aku & bagi sesiapa pun, bukan hal yang mudah. Tanggungjawab yang kita ada sekarang, semakin bertambah. Dulu, kita cuma jaga diri kita, kita cuma jaga 'tali' yang kita ada, 'tali' cuma untuk kita berpaut, tapi sekarang, 'tali' yang kita ada, kita akan kongsikan dengan orang lain, untuk jadikan 1 tali yang lebih panjang, yang boleh kita guna untuk sama sama berkongsi semuanya. Dari segi kasih sayang, tanggungjawab, emosi, etc. dan bukan mudah. Terlafaz akad, ada tanggungjawab baru menanti. Tanggungjawab yang perlu kita jaga elok & rapi, sebab kita harap 'tali' yang dah menjadi 1 ni dapat jadi 'tali' yang kita guna sama sama untuk terus kita paut dalam menuju ke syurga Dia. 

Buat awak semua yang dah berkahwin, saya sangat sangat kagum dengan anda! Sebab saya tahu, perkahwinan ni bukan sesuatu yang mudah. Indah, tetapi bukan sesuatu yang mudah. Tanggungjawab bertambah tapi awak semua terus cuba untuk menjadi yang lebih baik - tak kisah sebagai isteri/suami/etc. Kekuatan awak semua memang hebat! Sebab itu Allah tentukan jodoh kita pada masa masa yang Dia rasa kita sedia. Benarlah, Allah sentiasa tahu kemampuan hamba hamba Nya.

Buat yang belum bertemu jodoh (termasuk diri sendiri 😆), sementara menunggu jodoh, kita usaha untuk perbaiki diri. Usaha untuk jadi someone yang lebih baik. Buat apa yang awak suka, capai apa yang awak mahu. Saya doakan semua yang tengah menanti jodoh ni, moga Allah permudahkan urusan, moga Allah temukan dengan jodoh jodoh yang baik, insya Allah, aminnnnnn.


Nota kaki : Setiap orang yang datang dalam hidup kita, semuanya bawa pengajaran. Sama ada kita sedar / tidak.


Salam sayang,
nhanimzain

Friday, February 15, 2019

Langkawi : Part 3 (SkyCab)

Assalamualaikum w.b.t.

HARI KETIGA
12 September 2018, Rabu, 10.00 am

Hari ketiga ni hati rasa resah sikit. Sebabnya? Nak kena naik cable car. Mana yang kenal aku taulah yang ni gayat orangnya. Dulu, waktu asasi dekat Kuantan, nak ampai baju (rumah tingkat 1) pun menggeletar tahap apa entah sebab palang ampai baju tu dekat kawasan luar, bukan dalam beranda rumah. Baru tingkat 1. Ini pulak nak naik cable car.

Jalan nak ke kawasan cable car ni macam nak ke Jelebu. Hahaha. Sepanjang perjalanan tu aku cakap dekat Feeling, kita macam nak ke Jelebu la pulak! Terus kena jeling dengan Feeling. Hahaha! 



Entah apa merasuk aku entah, sebabnya aku yang suggest dekat Feeling nak naik cable car ni. Yang orang sebelah sana, sah sah la setuju! Dah sampai pintu masuk nak ke cable car tu, sempat lagi cakap dekat Feeling,

"Apa saya fikir waktu saya ajak awak naik cable car ni eh?"

Macam biasa, Feeling gelak je la. Dia excited la. Dia memang suka benda benda macam ni. Kali ni aku ambil package dari Langkawi Packages Holiday Sdn Bhd jugak. Aku ambil Basic Package : Skycab + Skyrex + Sky Dome + 3D Art. Untuk package ni, RM80.00/2 pax. Senang sangat, tak payah beratur panjang panjang, bawa je salinan resit terus ke Kaunter 6 & tadaaaaa boleh pilih nak ke mana dulu. Nak pergi Skycab dulu ke, nak ke Skyrex dulu ke, terpulang. Macam aku dengan Feeling, pilih nak naik Skycab dulu. Muka yakin gaissss tapi bila dah masuk cable car tu hmmmmmmm! Rasa nak melompat keluar je!

Waktu aku pergi ni, tak berapa ramai. Dekat kaunter tiket pun tak la sampai kena beratur panjang. Tapi kitorang memang tak perlu beratur pun, sebab kitorang terus ke Kaunter 6 sebab dah awal awal buat payment semua. Alhamdulillah. Marilah kita naik cable car!


Senyum pun nak tak nak je. Cuak punya pasal! Padahal baru je naik, belum sampai Platform 1 pun lagi!

Cuaca waktu ni, tak berapa baik. Agak windy, bunyi angin kuat lagilah menambah cuak. Separuh jalan nak ke Platform 1, hujan rebas. Hati aku kau tak payah cakap la, dah macam nak terkeluar dari badan. Pegang phone pun shaking kah kah kah! 




Disebabkan cuaca tak berapa baik, jadi tak ada rezeki nak lalu Sky Bridge. Waktu ni, aku dengan Feeling bukanlah main gigih, kononnya nak tunggu hujan reda, nak lalu Sky Bridge punya pasal. Tapi itulah, kalau dah memang bukan rezeki. Nak sedapkan hati, Feeling cakap mungkin Langkawi nak suruh kita datang lagi. Aku pun iyakan, padahal dalam hati sedihnyaaaaaaa (padahal gayat ada hati nak lalu Sky Bridge).


Punyalah gigih nak jugak tangkap gambar padahal waktu ni hujan boleh tahan lebat. 
Lepastu lari lintang pukang dengan Feeling, hahahaha

Lama jugak aku dengan Feeling tunggu. Rasanya ada sejam. Sementara tunggu hujan nak reda, beli makanan dengan Feeling. Feeling beli aiskrim, aku beli popcorn. Popcorn dia sedap gilaaaaaaaaaaa! Dengan buat keychain nama untuk kenangan aku dengan Feeling. Ya Allah. Rindunya dekat Langkawi!




Akhirnya, aku dengan Feeling turun ke bawah jugak, sebab taknak buang masa. Betullah, kalau dah bukan rezeki, memang bukanlah. Sampai je bawah, cuaca elok seelok eloknya. Cerah. Waktu tu, aku pandang Feeling, Feeling pandang aku. Bukan rezeki. Nak buat macam manakan? Memang Langkawi suruh kita datang lagi la tu Feeling!

Sepanjang naik cable car, aku beranikan diri pandang sekeliling. Masya Allah! Cantiknyaaa! Nampak air terjun. Sungguhlah, aku memang jatuh hati dengan Langkawi. Fahamlah aku kenapa orang suka ke sini. Tenang dia lain. Aku pernah ke Sabah, tapi tenang yang aku rasa dekat Langkawi memang lain.

Untuk SkyDome & SkyRex, 2-2 ni ambil masa dalam 30 minit je tak silap aku.  Sebab ini lebih kepada 3D show(?). SkyRex tu, macam kau naik train untuk lari dari dinasour yang mengamuk. Macam Jurassic World gitewwww. SkyRex ni kau kena beratur tunggu turn sebab dalam 1 show tu boleh masuk dalam 15 /20 orang je. Disebabkan aku ni kadang kadang perangai budak-budak masih ada, jadi aku masih terhibur! Hahahahaha! SkyDome pulak aku tak ingat sangat. Yang aku ingat SkyDome ni buat kepala aku pening sikit sebab skrin dia penuh atas kepala so mata kau macam kejap ke sana kejap ke sini. Hahahaha. Untuk SkyDome, show ni ada masa dia sendiri. Setiap setengah jam ada 1 show. Eg, pukul 2 ada show then 2.30 baru ada show lain. Haaaa lebih kurang macam tu la.

Next entry la baru sambung masuk 3D Art. Jumpa lagi! Assalamualaikum!



Salam sayang,
nhanimzain
© nhanimzain
Maira Gall