Assalamualaikum w.b.t.
ؐ﷽
Bahagia.
Satu perkara yang subjektif. Berbeza pandangan & 'rasa', ikut manusia. Lain orang, lain pendapat tentang bahagia. Kalau kita bincang tentang bahagia ni sebenarnya, memang tak ada yang dapat nak jelaskan dengan sejelas jelasnya. Sebab rasa bahagia setiap orang tu berbeza. Bahagia ni cuma kita sendiri yang dapat rasa. Bahagia ni, jangan kau ukur guna bilangan manusia yang ada sekeliling kita; atau jangan kau ukur dengan apa apa sekalipun.
Maksud?
Ada sesetengah orang, walaupun sekeliling dia ada limited number of people, dia masih rasa bahagia. Ada sesetengah yang lain, walaupun sekeliling dia penuh dengan manusia, tapi masih dia tak rasa bahagia. Ada sesetengah orang, dalam kesederhanaan, dia boleh rasa teramattttt bahagia. Ada sesetengah yang lain pula, dalam kelebihan & nikmat yang dia ada, dia tak dapat rasa bahagia tu dalam diri dia. Lain manusia, lain pandangan dia tentang bahagia ni.
Mencari bahagia ni tak mudah & takkan pernah mudah. Sebab kita manusia, sempurna tu tak pernah wujud. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Nak bahagia kita rasa sempurna, sebenarnya kena balik juga pada Dia. Bahagia yang sempurna cuma boleh dapat daripada Dia (nasihat untuk diri aku sendiri jugak yang selaluuuuuu sangat terlupa!)
Moga kita semua jumpa bahagia yang kita cari. Moga Allah sentiasa izinkan kita merasa bahagia, sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Insya Allah.
Nota kaki : Favourite surah, Surah Yusuf. Favourite surah korang apa? 😃
Salam sayang,
nhanimzain